Kiyya dah pandai majuk

14 December 2009

Semalam time lunch.. kyra sibuk nak kacau aku makan. Nak kacau Amuma dia makan. Padahal dia dah kenyang sangat dah time tu.

Aku pun suruhlah Mama marah dia..wahhhhhh..terus nangis bagai nak rak. Pastu letak bantal sekali je aku suruh dia bobom..terus dia landing..tak toleh kiri kanan. Orang lain main tepi dia pun dia buat derk je. Siannye tengok dia time tu..tp aku buat bodo je..kang kalo pujuk kang dia ingat ada org backing dia...no no no.

Adalah dekat 20 minit jugak dia landing camni. Tapi aku snap je gamba terus senyum. Ammi dia je buat2 tak senyum.

Bentang toto..alihkan dia pun dia tetap tak lari2. Kejap tu datanglah hero dia.. Abang Daniel ..nyanyikan dia lagu. Daniel ni jiwa dia lemau sikit...cepat kesian kat org..

See... hasil nyanyian & tepukan abg.. Kiyya dah pun selamat bobom.

Harini...aku sedih sensorang tengok gamba ni..sebab Kiyya kat Seremban. Mama dah berminggu2 sibuk nak jaga dia. Huhuhuhu...

AddThis Social Bookmark Button


Hari Ini Dalam Sejarah

30 November 2009

Last week dapat msg kat fon dari Anakku..kata ada sale kat semua outlet. So, mak pun beriya2lah ckp ngan Mr. Kay. Sebab aritu Mr. Kay kata nak bli baju anak dara dia yg sume dah gonjeng2. Cepat betul budak ni meninggi. Otomatik aku teringat kata2 Paed dia.. " Kyra akan tinggi seperti bapa"...(sila baca dlm intonasi bahasa baku ye puan2 sekalian).



Disebabkan Mr. Kay kerja Hari Sabtu bersamaan Hari Raya ke-2..makanya dia bagi je duit kat aku. Suruh aku bershopping..yelah kalo dia yg bli kang aku komplen....

Tapi boleh tak aku tak bernapsu langsung dengar ayat dia.."nanti awak gilah shopping sendiri ye". Kalau tak tu, sebelum2 ni... walau dia kasi aku rm50 je pun napsu tu tetap cam dia kasi duit rm500 suruh gi shopping. Mama sibuk tanya..bila aku nak kuar...bila aku nak siap. Ahhhhh..aku tertekan disitu. BOLEH KE CAMTU?? APAKAH INI PENANGAN ORG YG PREGGY?

Korang time preggy pun malas shopping gak ke ha? Alangkah ruginya hidup ni kan..

AddThis Social Bookmark Button


Selera je Lebih

26 November 2009

Ni pun entry dah agak basi jugak. Malam tu dalam keadaan yg x sehat..aku gagah gak kuar..gi Tesco. Tujuan utama aku nak cari buaian si Kyra. Dia skrg ni..kalo tido petang..tak sampai 20 minit dah bangun. Pastu kang kul 7 mlm dah sibuk nak tido. Mana buleh camni. Bayi perlukan tido yang cukup. Kat Tesco takde pulak buaian..dah abis. Time dah dekat nak kul 9..aku suruh gak Mr. Kay cari kedai Anakku. Sebab esoknya Mr. Kay nak ke Kelantan. Tak larat ok aku nak jaga budak yg dah dapat kaki ni. aku pun nak gak lelap2..feeling baring sambil belakon tido kat depan tv.

So, teruslah ke Pandan Indah. Sebab Mr. Kay prasan kat situ ada satu butik Anakku. Tokey kedai dah siap tutup roller shutter dia sebelah. Aku baik punya tahan. Ko nak kastemer ke taknak? hehheheh..rezki jgn ditolak Uncle. Puas hati aku dapat bli buaian. Esoknya..sakan dia tido. Skali masuk mau gak 2 jam lbih dia lelap. Nak nak ujankan kat luar tu..aku pun rasa cam nak masuk skali dlm buai tu. Hehehhe..

Dah sudah tu gilah makan. Perut aku dah pedih semacam. Aku nak makan tomyam merah. Tomyam putih takmo..banyaklah songeh ko makyong..sib baik Mr. Kay jenih layan je kerenah bini dia ni.



Makan kat sini. Bangkok House.

Ni Tauhu Jepun masak apa ntah. Kata entry lama..haruslah aku lupa nama recipe nya. Ni sebenarnya khas tuk kyra sebab dia x dinner tadi.
.Kangkung Belacan mengikut taste aku


Tomyam merah. Tapi tomyam org ni cam ada santanlah.. aku rejek disitu.

Kerabu sotong jugak mengikut tekak aku.

Order cam org kebulur..sudahnya aku makan x sampai pun suku nasi tu. Yang lenlain sume Mr. Kay kene perabihkan. Manalah dia tak membesar bagaikan johan bila sume lauk bini dia kene abiskan.

AddThis Social Bookmark Button


2nd Check Up

25 November 2009

Last Friday, aku gi buat 2nd Check Up kat klinik Gynae aku yg biasa tu.

Berat aku adalah menurut secara banyaknya. Last month 59.9kg...this time cuma 56.5kg je. Seriau gak aku tgk scale tu..tp nurse tu kata xpe..as long as aku still makan, makan vitamin sume.. insyaallah. Dan berat aku tu xdelah gila sampai anak x cukup vitamin.

Berat badan aku turun sebab aku jadi xde selera nak makan. Kengkadang aku tgk org preggy ni mcm2 nak makan. Tapi aku? Gila lama pikir nak makan apa. Pastu balik2 tomyam, asam pedas, tomyam, asam pedas. Masa memula preggy dulu aku x lalu makan makanan camni..tp skrg ni jelah yg aku lalu nak telan.

Baby adalah ok. Just nice doctor kata. Dah nampak dia gerak2. Lain macam je prasaan aku time ni..sebab yg dulu2 tu bila scan cam nampak itam je. Yelah time tu bukan rezeki aku. Baby aku baru 2.43cm..gila kecik. Doctor kata..walaupun aku muntah..tapi makanan yg aku dah penah makan tu cukup utk stok baby selama 3 bulan.

Nilah ubat2 yg aku dapat aritu. Aku request ubat tahan muntah sebab rasa cam x larat je.. bila makan loya, makan loya..sampai nak makan kat luar pun aku takut. Doctor still provide aku ngan ubat tahan rahim..duphaston. Sebab "sejarah" mengatakan rahim aku x kuat. Kalsium & Obimin.

So, silalah makan ubat tu ye Pn. Sharmila. Ni sehari makan..2 hari lupa. Apa kes??

AddThis Social Bookmark Button


Alhamdullilah..dan semoga kita dijauhkan

24 November 2009

Cite ni dah lama. Tapi sebagai pengajaran kepada kita wanita-wanita sekali yg masih mempunyai RAHIM. Hargailah RAHIM anda!!

Early November aritu, kakak sepupu Mr. Kay was admitted at Hospital Melaka due to sakit yg melampau2 kat perut. Selang 2 hari kendian dia dibenarkan balik and the next appointment will be on Monday. Nak buat CTC scan bagai. Tapi tak sampai ari Isnin..ari Sabtu pagi tu dia dah meraung kat rumah..kuar peluh yg besar2 tu. Balang (abg sepupu Mr. Kay) dah tak tau nak buat apa..dia call SIL aku. Berdesuplah dorang ke Sg. Tuang, Pengkalan Balak. Kitorang adalah sangat rapat dengan kakak sepupu & suaminya.

Kak Lang Manisah terus di bawak hospital swasta.. yelah hari sabtu mana ada doctor bertugas kat kerajaan. Dari Hospital Putra dia ditransfer ke Mahkota Medical Centre. Bila scan, ultrasound bagai..nampak ada ketumbuhan besar kat dalam rahim dia. Dah sebesar baby 5 bulan katanya. Tak taulah pulak baby 5 bulan dalam perut atau baby yg telah lahir 5 bulan.

Disebabkan kesakitan yg sangat teruk, doctor amik keputusan utk operate petang tu jugak.

Nilah dia benda yg dikeluarkan dari dalam perut Kak Lang Manisah. Benda besar tu dah berpintal sebanyak 4 kali. Mungkin tu yg menyebabkan kak lang meraung tu agaknya kan. Dan doctor terpaksa buang keseluruhan rahim dia memandangkan umo dia pun dah melepasi umo dibenarkan mengandung. Doctor terpaksa jugak buang appendix dia..sebab benda yg besar tu dah menyebabkan kerosakan teruk pada appendix itu.

Sebelum datangnya sakit yg melampau tu...kaklang kata dia adalah sakit perut. Tapi ingatkan cam senggugut biasa, masuk angin dsb. Dia pun telanlah ponstan, paracetamol, ubat angin. Kebetulan..lepas makan ubat sakit tu pun ilang. Jadi xdelah saspek ada ketumbuhan sebesar itu dalam rahim.

JADI...TO ALL MY LADIES FRIENDS OUT THERE. BERHATI-HATI. Apakah kita juga berkemungkinan mendapat masalah ni? Sebab yelah kan...punca kematian utama wanita adalah kanser serviks disamping kanser payudara...jadi marilah kita buat pap smear atau apa2 ujian yg sepatutnya.

AddThis Social Bookmark Button


Happy 11mos anak Ammi

23 November 2009

Hari Sabtu budak tecit ni genap 11 bulan. Sekejap je rasa...dah pun counting days for her 1st birthday.

Di usia ni apa yg anak ammi ni dah pandai? Fuhhhhh..macam2

1) Kyra sudah pandai jalan. Infact she started to walk masa umo 10 bulan 2 minggu. Masa tu ammi dia je kehilangan mood nak update....forgive ammi for that!

2) Sangat pantang kalo kita baca doa makan. Bagi dia..bila dah baca doa tu.."dia mesti makan..tidak boleh tidak". Ammi & Abah sebenarnya sronok tengok dia tadah tangan pastu amin bila kita baca doa..tak sangka pulak dia boleh berjalan gi kat meja makan sambil ngamuk camni


3) Gigi dia sudah ada 6 batang.


4) Sekarang ni aku notice dia sangat kuat makan. Kita makan dia nak makan..padahal dia makan kita tak kaco pun tau. So, mmg aku spare roti Gardenia Jagung tu untuk dia selain biskut Farley tu untuk dia. Kecohkan aku ni..anak nak makan pun bising..ada org anak xmo makan lagilah runsing. Tapi yang nampak dia x brapa suka makan adalah telur kuning. Kalo telur tu buat 1/2 boiled dia blasah je..tapi kalo telur rebus...dia makan yg putih je..yg kuning dia jeluekkan balik.

5) Berat dia brapa pun aku x tau. Next month baru tau..sebab injection dia last bulan 6 aritu...and the next will be when she turns 12 months. Tapi aku rasa ada peningkatanlah kat berat dia..ngan pejal kat peha & montot yg dah cam kuih pau tu..tidak syak lagi. Hehhehe..aku suka ok tgk montot dia..gerammmmmm.

6) Kalo nak tido or tengah minum susu..dia sangat suka gentel rambut sendiri. Kekejap dia tukar tangan pegang botol..kira cam 30 sec gentel rambut pakai tangan kanan...another 30 sec pakai tangan kiri lak.

6) Dah pandai ckp kat telefon jugak. Pastu berlagak tau..takmo guna tipon yg tak berlampu. Aku aritu beriyalah cari tipon lama yg dah rosak tu..kasi dia. Dia eksyen..sikit takmo tegnok tipon tu..dia nak gak tipon abah & ammi yg bila dia tekan ada kuar gamba kat skrin. Cissssssssss. Ini boleh mendatang marah ini.

7) Dia dah kenal bunyi. Bila tanya "how does a tiger sound?"...nanti dia buat mulut "wooooooooo". Dia dah tau CAR. Dia dah kenal upin ipin dia. Dia rela cium montot upin tu dari cium pipi ammi dia ni tau.

Harap2 akan ada lagi positive progress dari baby Ammi ni ye. Sronok tengok bila dia dah paham apa yg kita cakap.

AddThis Social Bookmark Button


I'm Back

12 November 2009

Gila lama aku cuti.

Tapi cuti yg xde gi memana.....sebab keadaan aku tak mengizinkan. Gila sengal rasa tekak, kepala sume ni.. pulak tu kemalasan di tahap yg maksima. Sabar jelah..redha dengan keadaan dan ketentuan Allah.

Aku apply cuti Isnin & Selasa je..sebab Mr. Kay outstation ke Penang..ada roadshow mende ntahlah..tp Selasa tu dia call...suruh mintak extend cuti. Roadshow dia abis kul 10 mlm hari Selasa tu..kalo balik pun kul brapa nak sampai KL. Pulak tu dorang gi ngan chartered bus.

Duduklah aku kat rumah Mama sampai malam semalam...tu pun dia sampai Seremban kul 9...aku dah ngantok gila babeng dah time tu...sian Kyra...dokong je dia masuk keta dlm tido2 tu. Sekali dah sampai KL..amik ko dia tak tido sampai kul brapa ntah..lantaklah dia main ngan abah dia..aku membongkang baik punya.

AddThis Social Bookmark Button


Kiya Pun Nak

05 November 2009

Semalam Mr. Kay blikan apple. Tapi apple tu cam masam sikit.. i don't like but i have to eat. Aku prefer apple yg kecik2 tu.. Fuji ke Fiji ke ntahlah..tapi cam rangup, rapuh je isi dia tu.

Sebabkan apple tu cam besar bagak..aku belahlah 4.. x kose lah pulak aku nak "ungkeh" mende yg besar tu. Aku tengah makan, si kecik ni sibuk nak jugak. Aku malas nak kasi kat dia..sbb isi apple ni cam keras sikit..gigi dia dahlah baru sebatang je. Tapi dia gila bergadoh ngan aku..aku letak apple tu kat atas meja..dia rentap alas meja. Gerammmmmmmmmmm. Pastu dia nangis duduk bawah sambil hentak kaki. Takdelah hentak gila2 cam aksi Manja dlm cite Batu Belah Batu Bertangkup tu...tp dia cam ala2 memberontak gaklah.

So, Mr. Kay kata...kerat suku bagilah kat dia. Ok!

Ha amik...sampai tertonyoh2 camtu kat idong. Penyet idong tu kang..mana nak carik??

Ni ada pause jap sebab abah dia bangun g jawab fon. Dia kan anak abah..abah gi mandi dia terjerit2 kat luar pintu.

Kejap tu Mr. Kay kuar sebab nak siapkan barang tuk demo dia esok. Aku nak ye tengok tv kan..takkan nak ngadap dia je. Aku monitor dia makan..takut tercekik ke apa ke, so aku alihkanlah dia kat atas tilam..senang sikit aku nak pantau. Sekali buleh tak dia nyandarkan badan dia kat bantal, makan sambil tgk tv. Waaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh.. besar yek pangkat Kiya.

Ish ish ish..anak sapalah ni. Dia penat tu..bayangkan dia start makan apple tu pukul 8.20pm..kul 9.40 camtu aku dah x tahan...kena gak paksa dia stop makan. Aku nak tido. Benarnya dia pun dah ngantuk...dia makan sambil mata cam ala2 nak terpejam.

video


Layan jelah video ni...

AddThis Social Bookmark Button


Itu Abah Saya

04 November 2009

Aku ni..dalam pada tak larat nak bangun, kepala weng2... tp tekak nak makan kat luar. GIGIH.

Makanya ari sabtu tu kitorang dinner kat Pizza Hut. Dah lama dah nak makan pizza ni..since aku tak tau aku ni peknen...sampai aku majuk2 ngan Mr. Kay sebab buat bodo je ngan permintaan ala Italiano bini dia ni. Dia tak tau bini dia ni dah telan2 air liur punya terbayangkan pizza..buleh lak buat2 balik lambat...buat2 terbeli makanan.

Bab2 menyuap sila kasi kat Abah ye..ammi nak rehatkan otak. Abih..kalo kat rumah..ngan abah dia punyalah dia muahhhhhhhh..siap bunyik2 lagi..ngan ammi...dia kasi pipi jek. So abah pls take your part.

Ni acara test tahap kepanjangan bibir ke apantah.. ada je prangai yg nak buat aku gelak.

Sekarang ni kat Pizza Hut dah xde Beef Lasagna ye? Yang ada airtu cuma Seafood Lasagna je..aku try order..tp x bestlah..cam muak bila makan sebab sos dia ala2 carbonara camtu kan.

Tiada gamba makanan utk entry ni..sebab
1) Meja kitorang adalah kecik gila
2) Aku dah lapar
3) Aku MALAS!

AddThis Social Bookmark Button


Makan @ Ayam Penyet

03 November 2009

Hari Rabu last week aku ngan geng opis gi makan kat Restoran Ayam Penyet..(gila lama aku simpan cite ni)..yelah start dari kamis sampai ahad..langsung aku tak usik komputer... takde selera. Aku baring 22.5 jam sehari sambil tgk tv. Sangat pemalas..SILA JANGAN TIRU AKSI INI DIRUMAH !! ahhahah.

Bos aku kan takde the whole last week..dia gi Bandung ngan family dia..so keta2 kat rumah dia adalah kereta2 kami jugak. Suruh mamat despatch ni gi amik keta kat rumah...dan marilah kite berjimba diluar. Bosan ok asik makan kat tempat yg sama je everyday, everyweek.

Ye..silalah enterprem

Menu yg kitorang pilih aritu
~ Ayam Penyet (not bad)
~ Sup Ekor (tak sedap langsung)
~ Udang Balado (namo yo gah..tp hampeh gak)
~ Pucuk Ubi Lomak Cili Api (ni kire menu penyelamat)
~ Air Lemon, Green Apple ngan apo ntah

Total harga makanan adalah RM 42.10.

Pada aku restoran ni tak menepati citarasa aku..tak sodap seperti yg dicanang-canangkan. Yelah lain org lain seleranya...dan seterusnya...kedai ni masuk dlm list (a big NO aku).

Muka tuan punya blog yg sedang menahan pening & loya. Sabo...dugaannnnnn

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin