Cerpen - Angah

This is my first cerpen...baru dlm proses blaja2...i just doesn't know what to name it

“Nenek! Nenek! Ada surat untuk nenek,” seorang gadis manis berlari mendapatkan neneknya yang sedang melipat kain dibilik.

“Surat dari mana tu sayang?” tanyanya hairan. Inilah kali pertama dia mendapat surat.

“Tak taulah nek, tapi kat belakang ni tertulis nama Angah,” balas gadis manis itu.

Laju sungguh orang tua ini membuka surat dan mengeluarkan cermin matanya dari laci.


**************************

Assalamualaikum Ibu,

Apa khabar ibu yang Angah cintai? Ibu sihat ke? Ibu Angah mohon maaf kerana pergi tanpa sebarang berita. Angah malu pada diri sendiri dan keluarga. Mungkin melalui surat ini ibu akan tahu dimana Angah berada dan kenapa semuanya terjadi.

Ibu,
Angah tahu ibu banyak menderita sejak dari kecil. Masa lampau ibu, perkahwinan ibu semuanya membawa derita pada ibu.

Ibu,
Ibu mungkin terkejut bagaimana Angah tahu kisah lampau ibu. Maafkan Angah ibu, bukan niat Angah membaca rentetan hidup ibu yang ibu simpan di bawah almari. Ini semua kebetulan.

Ibu,
Angah tak sangka ibu yang tenang rupanya banyak menyimpan penderitaan. Ibu dirogol oleh Pak Lang dan Pak Andak – abang-abang ibu tanpa belas. Sepatutnya mereka yang harus menjaga adik perempuan mereka dari nafsu buas lelaki-lelaki diluar. Tetapi……. Ah! Jijik sungguh Angah hendak menyebut nama mereka. Tapi kenapa ibu masih boleh berbaik dengan mereka? Kenapa ibu? Kenapa?

Selepas peristiwa itu, ibu dinikahkan dengan pemuda dari kampung seberang. Menurut tulisan ibu, dipermulaan perkahwinan ibu amat bahagia. Namun manisnya hanya sementara. Ibu diperlakukan ayah seperti binatang. Kenapa ibu masih bersabar? Ibu dipaksa melayan nafsu rakus rakan-rakannya itu walaupun ketika itu ibu mengandungkan Along. Kasihan ibu. Tak cukup dengan itu ibu diterajang, dimaki dihadapan orang kampung. Lelaki itu tidak sedikitpun berasa malukah atas perbuatannya?

Ibu,
Mungkin telah tersurat begitu nasib ibu tapi kenapa tidak ibu lawan takdir itu? Ibu tunduk pada kerakusan ayah. Ah! Benci rasanya memanggil lelaki itu ayah. Angah masih ingat ibu diheret dari pasar tani ke rumah. Habis berdarah kaki ibu kerana diheret di atas tanah yang berbatu dan berlekuk. Semuanya gara-gara ibu keluar menjaja kuih tanpa izinnya. Ketika itu Along dan Angah hanya mampu menangis ketakutan. Ibu diperlakukan seperti binatang.

Ibu,
Tidakkah lelaki itu sedar siapa yang mencari sesuap nasi untuk keluarga? Tidakkah dia sedar siapa yang mencari duit untuk membeli rokoknya? Kalau diharapkan dia mungkin telah lama kami bertiga mati kebuluran. Ibu yang lakukan semua itu. Tapi kenapa lelaki itu masih menyeksa ibu?

Ibu,
Dari kecil Angah tak pernah lihat ibu bermesra dengan ayah seperti orang lain. Ibu dan ayah seperti orang lain yang tidak mengenali antara satu sama lain. Ibu dan ayah seperti orang asing. Bercakap bila perlu, itupun ibu penuh ketakutan. Silap sedikit nahaslah ibu dikerjakan.

Ibu,
Maafkan Angah di atas tindakan luar kawalan Angah. Tetapi Angah yakin ibu akan gembira selepas ini. Biarlah apa orang kata, Angah percaya mereka semua pasti memaafkan Angah.

Ibu,
Bahagiakan ibu sekarang? Tentu ibu sibuk melayan kerenah anak-anak Along dan Adik. Berapa agaknya usia mereka semua ye ibu?

Ibu,
Tahukan ibu yang Along menyimpan satu rahsia besar dalam dirinya. Bukan tujuan Angah mengaibkan diri Along tapi itulah antara dendam yang Angah simpan. Along pandai. Angah akui anak-anak ibu semuanya cerdik. Tapi tahukan ibu kenapa keputusan Along tak secemerlang yang disangka?

Along diperkosa oleh suamimu ibu! Tanpa rasa malu lelaki itu menjamah segenap tubuh anak daranya setiap hari ketika ibu ke pasar menjaja kuih mencari rezeki untuk kami. Kasihan Along!! Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana diugut bahawa ibu akan dibunuh. Pastinya Along takut kerana mana lagi nak bergantung harap kalau ibu dibunuh. Angah tak mampu melawan ketika itu kerana Angah tidak berdaya. Angah juga takut dengan ugutan lelaki itu.

Ibu,
Pernah satu ketika adik juga ingin diperkosa lelaki itu. Nasiblah Along sedar dan menyelamatkannya. Ketika itu ibu, usia Adik baru 8 tahun. Bayangkan betapa tidak berperikemanusiaannya lelaki itu ibu.

Ibu,
Maaf kerana Angah tidak menghormati lelaki itu. Angah benci….benci pada nafsu jahatnya. Angah tahu sepatutnya sebagai anak lelaki Angahlah yang patut menjaga ibu dihari tua ibu. Tapi apakan daya Angah ibu…Angah sendiri tidak mampu untuk menjaga diri Angah. Setiap hari Angah menunggu masa untuk dibebaskan dari sangkar besi yang Angah diami hampir 15 tahun ini.

Ibu,
Mungkin ibu tertanya-tanya kenapa Angah meninggalkan rumah tanpa sebarang berita selama ini. Ibu, sebenarnya Angahlah yang telah membunuh lelaki itu. Angah pembunuh ibu….pembunuh…. Anak yang telah membunuh ayahnya sendiri. Apakah ibu, Along dan Adik dapat menerima Angah sekiranya Angah dibebaskan? Angah teringin sekali bermain-main dengan anak-anak mereka.

Ibu,
Angah mohon maaf di atas segala perbuatan Angah. Pada usia 18 tahun Angah telah menjadi pembunuh. Angah lakukan semuanya demi kalian bertiga. Angah tidak sanggup melihat wanita-wanita di dalam rumah kita diperlakukan seperti itu. Angah tahu Angah menggelapkan masa depan Angah sendiri, tapi demi kalian Angah sanggup. Ibu, apalah agaknya keputusan yang Angah perolehi untuk peperiksaan SPM Angah. Cemerlangkah Angah? Angah telah berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Ibu,
Angah tak pasti berapa lama lagi Angah mampu bertahan. Tapi Angah selalu berdoa untuk bertemu dengan kalian semua sebelum Angah pergi menghadap Ilahi. Angah sakit ibu. Angah berusaha mendapatkan alamat ibu melalui rakan-rakan sepenjara yang telah dibebaskan. Angah harap alamat ini betul. Sekurang-kurangnya sekiranya Angah tak sempat bertemu kalian, kalian tahu dimana untuk mencari Angah atau kubur Angah.

Ibu,
Rasanya cukuplah buat setakat ini coretan Angah buat ibu. Maafkan Angah sekiranya surat Angah membuatkan ibu menangis. Usahlah ibu menangis kerana anak ibu ini tidaklah sejahat yang disangka.

Kirim salam Angah pada Along, Adik dan keluarga mereka.

Wassalam,
Dari anakmu – Mohd. Firdaus


*****************************

“Ya Allah! Along mari nak. Ibu dah tau dimana adikmu berada” jerit ibu memanggil anak sulungnya yang kini telah berjaya menjadi pemilik sebuah restoran makanan laut.

“Kenapa ibu ni? Ibu, kenapa ibu menangis ni? Ibu cakaplah ibu?” soal Along bertalu-talu.

“Ibu dah tau Angah kat mana Long. Boleh tak kalau kita pergi melawatnya?” soal ibu seakan merayu.

“Hello Abang. Abang boleh tak Abang balik rumah sekarang. Imah dan Ibu nak pergi melawat seseorang yang amat kami rindui,” laju saja tangan Along mendail nombor suaminya.


*************************

“Cik, saya hendak melawat banduan bernama Mohd. Firdaus bin Hussin,” Tanya Abg Long pada warden yang bertugas.

“Maaf encik. Banduan tersebut telah meninggal dunia akibat kanser tulang 3 hari yang lalu. Kami tiada butiran mengenai waris simati jadi kami telah mengebumikan arwah di Makam Haji Said. Boleh saya tahu encik ni siapa?” soal warden tersebut.

“Kami semua keluarganya,” jawab Abg Long sedih.

“Ibu maafkan Angah nak,” tenang sungguh ibu walaupun airmata laju membasahi pipinya.

“Ya Allah, kau ampunkanlah dosa yang dilakukan Angah. Sesungguhnya semua ini dilakukan untuk ibu dan adik-beradiknya. Ya Allah hanya engkau yang Maha Mengetahui,” tak sudah-sudah ibu menadah tangan berdoa agar dosa angah diampunkan Allah.

2 comments:

Anonymous said...

did you write this story? awak nampak ada bakat menulis. bila nak buat cerpen lain? salam perkenalan dari saya

|| s h e i l a || said...

thanks...mmg i yg tulis cite ni..next cerpen..hahaha..kelakar pulak rasanye..nak siapkan yg satu ni pun takes about 4 yrs..btw nape tak disclsoe yrself??