peribahasa

  • Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

  • Alang-alang mandi biar guna syampoo.

  • Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

  • Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga pulut pun habis.

  • Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

  • Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

  • Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal ketiak.

  • Biar korek hidung jangan korek tabung.

  • Harapkan pagar, pagar pun tak boleh diharap.

  • Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan. (itu mesti ibukera, sebab tu dia susukan anak dia)

  • Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

  • Kalau tiada rotan, pelempang pun berguna juga

  • Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.

  • Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.

  • Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.

  • Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan

  • Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah...

  • Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

  • Patah tumbuh, hilang buatlah report polis.

  • Susu punya lembu, Dutch-Lady dapat nama.

  • Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

  • Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.

  • Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.

  • Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best...

  • Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

  • Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh sikit dari pantai.

No comments: