perihal kencing


Apa yang patut di lakukan selepas kita kencing???

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai Panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini. Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala mayat sipolan itu. Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya "Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan" Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

5 comments:

Anonymous said...

very informative, thank you

Kasih Aleeya said...

hi shila.. heheh,, filla lah nie.. so welcome to the blogger world..heheh.. ramei sikit member2..

Nadiah Alwi said...

hi nice blog n thanks for the info :D

|| s h e i l a || said...

time kasih filla...hahaha jemput2 masuk ke umah aku ni..

|| s h e i l a || said...

nadiah alwi..thanks