Kantoi Session

Kantoi Zaman Kanak-Kanak

Kantoi 1

This particular incident happen 20 years back. I was in standard 3. Masa tu kat rumah cuma ada 1 je radio..dah buruk pulak tu. Radio tu boleh dapat only 1 channel (channel apa pun aku x ingat). Masa aku darjah 3 adalah member aku ni join kelab kanak-kanak kat Radio 3 N9 and on that particular day suara dia keluar kat radio. Aku punyalah excited nak dengar suara kawan aku tu sampai aku gi adjust radio mak aku. Putar punya putar aku x dapat dgr pun channel Radio 3 N9 tu. Tapi yg mencemaskan aku..aku dah x jumpa stesen radio mak aku. Tangan dah seram sejuk...mak aku punye rotan jgnlah cakap..kene ckp tweett nak suruh dia stop merotan..buat2 gi kencing pastu kene sambung rotan balik.

Mak aku balik keje dia on radio tu..dia tnya "Sapa yang usik radio mama ni?"
Aku dengan bangganya menjawab "Tadi Sheila nampak Ayang main2 kat situ"..hahahahah..adik aku tu br 2 tahun..selamat aku x kene rotan aritu...(bijak tak aku mengkantoikan org??)



Kantoi 2

Masa aku darjah 1-4 aku jarang dapat nombor lebih dari 3 time peksa. Time darjah 5 rasa jugaklah dapat nombor 8. Tup tup skali tu time darjah 6 aku dapat nombor 26. Fuh. Macammana nak cakap ngan Mama & Aca ni. Berpeluh. Masa tu sikitlah punya jongos aku ni. Nombor je besar tapi marks for every subject tu not bad. Most of it aku dapat 80 and above. Cuma dalam kelas aku tu ramai sgt yg bijak pandai. So bile nombor 1 tu ada 3-4 org so automatically org yg suppose dapat no. 2 tu dapat no. 5. And malang for me yg sepatutnya mungkin dapat no. 6 or 7 aku terpaksa amik no. 26 tu.

Dapat je report card, aku sorok kat bilik mandi. Takut wooo..pastu sambil mandi sambil pikir camne nak buat. Dengan pandainye aku gi amik pemadam pen (yg ada 2 kale tu). Aku gi padam kat nombor 2 tu..konon2nye aku dapat no. 6. wakakakakka. Ingat mama & Aca bodoh ke. Apalagi..kantoiiiiiiiii

Kantoi 3

Ni masa Form 2. Aku time tu suka sangat gi Gold Baru (skrg ni The Store) sbb nak gi tempat stationery dia. Skali tu pergi ngan Arwah adik aku. Time tu nak cari pen kale2 nak buat folio utk Pen. Seni. Kiranya lamalah jugak aku kat situ..amik yg ni letak yg tu..kene bajet sbb aku ni bukan org senang. After pilih tu aku pun pegilah bayar mana yang aku dah amik tu. Tanpa disedari (ceh ceh ceh) adik aku dah boring agaknya lama gile dia tunggu aku, dia pun peganglah satu pen tu and dia pun lupa yg dia pegang pen tu. Keluar je dari pintu shopping complex tu tetiba ada org tarik tangan aku terus naik tangga. Dia kata aku mencuri. Woooooooooooooo...aku rasa nak nangis, bile pulak aku mencuri..tengok2 mmg betul kat tangan adik aku ada pen. Dia pun terkejut jugak sebab dia tak perasan yg dia ada pegang pen. Ya Allah masa tu malu sungguh rasa. Pakcik yg tangkap aku tu suruh aku naik atas letak balik pen tu...walaupun adik aku tu xde niat pun nak CURI..cissss pakcik itu..meng'kantoi'kan aku depan org ramai.

Kantoi 4

It was back in 1995 and I was in Form 4 and aku baru berjinak2 dengan cinta2 ni. Nama boyfren aku Charlie. Dari rumah dia boleh nampak bumbung rumah aku...cintas monyets la ni. Masa tu aku ditugaskan oleh mama untuk bayar hutang installment dia kat kedai perabot tu. So aku pun berjalanlah kaki dengan si boifren ni nak gi bayar utang tu. Ntah apahal Along aku balik awal pulak dari keje aritu and I didn't know that she's in that bus. Aku tak naik bus pun tp dari dalam bus dia nampak aku jalan berdua2an di tepi jalan. hahahah..
Sampai je rumah

Along: ko gi mana tadi?
Aku: Gi kedai tu bayar duit installment
Along: Gi ngan sapa
Aku: Gi sorang2 lah
Along: Yang baju belang tu sapa?
Aku: "woooopppssss..terasa merah muka aku yg itam ni...nasib baik panjang akal aku..aku ckplah kawan terserempak ms on d way balik...
Along: Jangan nak pandai2 bercinta...ko ingat along tak kenal budak tu..
Aku: Bile pulak org bercinta...dah terus blah (nak cover muka yg dah gelabah)



Lepas je peristiwa tu..Along aku mcm jadi spy je..nyampah tau !!! tak bolehlah aku nak melepak kat pasar malam ke..balik lewat sikit ke..hishhhh

Kantoi 5

Masa ni dah masuk ITM. Time tu aku ada 2 boyfren Sam & Sahak. Both kat Seremban. Skali tu aku nak balik Seremban sbb dah janji ngan Sahak and si Sam pulak ajak jumpa. Camne nak kata aku x balik. So aku pun cakap aku nanti nak kuar ngan Ogiey & Cipan. So, dia pun oklah. Aku balik Seremban..jumpa ngan si buah hati yg sorang tu..and tetiba receive call dari Sam.

Sam : Where r u Ayang?
Me: Shah Alam
Sam: With who?
Me: With housemates..ogiey, idah..
Sam: Tell me the truth...because I saw them in Klang Parade..
Me: dushhhhhhhh...o o
Moral of the story..kalau nak tipu tu..kawtimlah cun2 ngan member dulu..

1 comment:

Kasih Aleeya said...

heheh..kelaka ler sheila citer kantoi ko nie... mmg kalo aku ni ha pon..nak citer pasal kantoi..berbakul2 aku kantoi..ngn saper lagik kalo bukan mak..ngn boipren2 aku tuh..hahah..nak gak cilok idea ko psl kantoi nie..leh?..huahha..konpem panjang edisi kantoi aku!!!