Desktop Story

Semalam aku sensorang kat ofis sebab partner 'kewanitaan' aku cuti. Bukan cuti sakit, bukan cuti emergency..tapi cuti sebab nak bawak anak bujang & anak dara dia gi tgk wayang. Cite Kungfu Panda. Hari Rabu kan biasanya dapat 1/2 price. Lantaklah Ina ooooiii..tp bila bos tipon dari Indon aku cakap Ina emergency leave. Hahahaha..hidup kena saling cover mengcover..

Sebab dah boring tahap gaban..pastu nak berporum kat WMC lembab..nak update blog xleh masuk pulak..aku pun amiklah kamera aku tu. Sesaja snap mende2 dalam opis.
Ni aku snap gamba desktop aku. Camnilah gayanya org yg xde anak. Kat desktop pun pinjam gamba anak org. Ni gamba anak buah aku Ryan. Suka amik gamba dia sbb nampak dia mcm fotogenik sikit. Nak letak gamba laki..cam tak best. Tu macam promosi besar-besaran, lagipun balik kang nak tengok muka tu lagi. Haahahah..(jangan marah Ba..)

Abaikan kesemakan meja aku tu. Aku tak reti duduk kat meja yg kemas-kemas sangat..rasa mcm xde keje je gitu. Kalau sepah sikit baru nampak mcm bizi je seketeri En. Hamdan ni. Hahahaha..

Bulu kuning tu bukan bulu pom-pom girl, bukan jugak bulu Big Bird Sesame Street tu..tapi bulu utk aku lap2 habuk kat atas meja, kat keyboard. Bulu tu hanya akan digunakan bila aku ingat je. Ataupun bila rajin..adalah dalah 1/2 tahun sekali hahahah. Dah ada bibik cuci yang aku nak cuci meja lagi buat apa..ceh ceh..belagaklah pulak Cik Mila ni

No comments: