Baby Baru..

Petang after keje terus gi Klinik Kita kat Jalan Ipoh. Adik dah selamat bersalin baby dia yg ke-2 semalam. Dia dapat baby lelaki seberat 3.1 kg. Again dia dibedah bcoz bukaan hanya sampai 8cm..pastu stop bukak..and after quite sometime pun x bukak jugak. So kenelah operate lagi skali. Masa Aimi dulu operate jugak coz songsang..memang dah xleh nak buat apalahkan. Untuk yg 2nd ni kengkonon nak try normal tp tetap tak boleh. Takpelah dik..operate ke normal ke..sumenya slamat dah syukur dah.

Baby ni dihari kedua kelahiran pun masih belum dinamakan lagi. MakNdak umi suruh bagi nama Aduka..hahaha..tergelak Mama & Papa baby. Classic sungguh nama tu.. agak2 kalau boh nama tu nak panggil apa ye?? Adu..Duka..hahah lu pikirlah sendiri dik.

Macam mana agaknya penerimaan Aimi pada baby brother dia ni. Dia ni jenis yg geram sikit ngan bebudak..(mcmlah dia tu bukan budak yg org beso ni geramkan..). Pantang nampak budak mesti dia nak kerjakan..riso gak dikerjakan tiny baby dia ni.

Dua ni jelah yg MakNdak Sheila dia sempat nak snap.

Beza dua org anak adik ni..

Aimi waktu dilahirkan..ya rabbi gelap gile. Nasib dah beso ni cerah. Dahi Aimi jendul sebab tu kitorang panggil dia On-On..(short form utk flower horn..). Adik Aimi lahir kulit normal je..cerah cam Mama & Papa dia..dh besar jgn hitam mcm MakNdak sudah ahhah

No comments: