Berakhirnya Dilemma

Last 2 weeks, Mama call aku kata ada orang nak kasi aku baby. Terkejut gak..tetiba mcm bulan jatuh ke riba. Mama kata perempuan tu Indon tapi suami dia orang Kelantan. Suami dia tinggalkan dia sbb dia ni bini no. 2.

Aku pun taktau nak cakap samada nak atau xnak. Ikutkan hati..peluang depan mata..sambar jelah. Tapi ikutkan hati jugak..mcm xnak. Kejap nak kejap taknak. Sayang suruh aku pikir. Elok pada aku, elok jugak pada dia. Selang 3 hari aku call org yg uruskan pasal pompuan tu. Dia bahasakan diri dia Ibu. Dia kata kalau aku setuju dia nak jumpa aku. Pastu dia kata dia jumpa satu klinik bersalin kat Damansara yang boleh buat macam aku yg bersalinkan baby tu. Gila?? Dia kata lagi bayar dalam RM1,500 je kat klinik tu untuk dorang uruskan semuanya. Untuk ibu baby tu pulak..ikut pada aku..nak kasi boleh xnak kasi pun boleh.

Fuh..letih jugak nak mikirkan pasal benda. Sampai tido malam pun x lena. Part of me really really want to have the baby but the other part of me refused. Camne ni?? Aku pikir baik buruk..dan setelah aku timbang2...aku dapat rasa sebenarnya aku ni berat hati nak ambik budak tu..akupun tak tau kenapa. Bukan tak suka baby..memang itu yg aku nak..tapi entahlah..hanya Allah je yang tau rasa hati aku ni. Susah sangat nak cakap.

Setiap 2 hari Ibu will call Mama. Asking whether I'm really interested to have this baby or not. Last Tuesday, after aku pikir sedalam2nya..semasak2nya..aku decided NOT TO HAVE THE BABY. I called Ibu and she's a bit dissapointed with my decision. Tapi I really can't force myself. Ntah kenapa kali ni aku macam x excited je nak ambik baby ni..tak macam yg sebelum ni. Mungkin peristiwa dulu tu buat aku takut kot..ntahlah.

Harapan aku satu je..semoga baby tu nanti dapat mak & ayah angkat yang sayang dia sepenuh jiwa raga. Aku nangis lepas call Ibu..rasa mcm menyesal tapi I have to be strong.

Mudah-mudahan selepas segala usaha aku, sakit perit aku...aku boleh dapatkan zuriat sendiri. AMIN

1 comment:

manisz said...

kenapa aku rasa mcam nk jer baby tu??