July 8th Journal

Sayang gi Singapore lagi harini which means I have to stay alone. Huhuhu. Nasib baik he'll be coming back tomorrow. Tapi itu pun ntah pukul brape sampai. Flight dari S'pore pukul 10.30 malam. Bila naik AA ni kena siap sedia ngan DELAYnye..itu dah standard dorang.

Aku bangun awal 30 minit harini. Sayang cakap kalau boleh nak sampai KL Sentral by 7 a.m. so that we can have breakfast together. Dah biasa breakfast sesama kalau sehari x buat rasa cam ada kekurangan je. I thought I was the only yg rasa camtu but he feels the same too. So glad.

Bangun pagi cuaca tenang je tapi masa tengah mandi tu..ya rabbi..punyalah kuat angin sampai pintu bilik air pun bergegar. Rasa sejuk je kat kaki (angin masuk dari bawah pintu)..hati dah takut dah ni..kot2 ada hantu pepagi sepiee kat rumah aku...hahahhaha katun betul aku ni. Kejap tu hujan turun lebat gile. Tapi kitorang tawakal je kluar nak kejar taxi. Sayang xleh bawak keta, nanti nak parking kat mana?? Kat LRT? Gilos mau jugak hilang keta aku tu..dahlah bini dia ni ujian QTI pun lum buat lagi. Kalau tak tu buleh gak bawak balik keta tu petang nanti.


Baru sampai bus stop kain aku dah lencun. Suar sayang dah lencun. Kasut dah basah. Camno nih? Yang malangnya..dahlah basah..taxi pulak takde. Jam dah pukul 7.10 ni. Kesimpulannya naik jelah feeder bus yg bakal jalan pukul 7.20 tu..dan kesimpulannya lagi..xdapatlah aku breakfast ngan suami aku yg tercinta..huhuhu. Harini sampai office nearly pukul 9.15 jugak. Baru nak suapkan biskut dalam mulut..bos pun sampai..makanya aku sorok tin biskut tu kat bwh meja..

Balik tadi sampai rumah pukul 8.20 malam. Menyesal naik komuter..pack gila sampai aku kena naik yg 2nd round punye. Itupun bergesel2 ngan bangla, india, indon, cina, lelaki, pompuan, tua, muda....adoyaiiiiiii

So, besok aku malas nak gi keje. Aku dah kowtim cun2 ngan Ina. Sebenarnya dari semalam dah pasang niat malas ni..

No comments: