Aku Dah Jadi Promoter...

Acah je....hahaha

As usual every Monday morning ada progress meeting kat ofis. Tapi pagi ni x jadi buat meeting sebab Secretary bos ni ada meeting kat MPAJ. Gempak pulak rasa..bila xde secretary meeting dipostpone..hua hua hua..betapa diperlukannya aku disyarikat ni. So petang around 2pm..kitorang buat meeting. Bincang punya bincang..tetiba bos cakap besok ada 1 tapak berniaga kat JKR HQ. Dia mintak bincang sapa yang perlu dibawak utk jaga booth kat sana. Dia suruh pilih budak kat kedai..tetiba makcik seketeri ni meng'offer' diri sendiri. Boleh???

Aku sebenarnya dah muak dok ofis ari2. Pening tengok komputer 8 jam. Pening menghadap perangai manusia2 yang menyengalkan otak kat ofis ni. Ada baiknya aku me'release'kan apa yg kusut ni buat sehari. Jadinya pagi tadi aku jadilah promoter sekejap. Seronok gak..tp penat sikitlah mulut ni..

"Tengok cadar kak"...
"Tengok towel kak"......

Dekat kul 12 baru kitorang dapat 1st customer. Bangga gaklah masa tu. Yelah first time tu meniaga camni. Tu pun kejap2 aku tengok price list. Aku lupalah harga barang2 ni. Aku tengok budak promoter sorang lagi tu rileks je..aku ni gelabah samdol betul.

Inilah barang2 yang aku jual aritu. Tempat yang kitorang dapat ni mmg strategik gile. Betul2 kat tengah stage..yang bleh dilihat dari pintu masuk.

Brand Karys ni brand kitorang sendiri. Masih belum ada dipasaran terbuka. Cuma jual kat kedai kitorang kat Amcorp Mall & booth2 saja. Promosi pulak.

Yang paling best harini ialah...(cam skema je bila guna perkataan ialah ni..) aku sampai umah awal. Kul 4.30 aku dah sampai umah hahahahha..best sangat rasanya.

No comments: