DRA's Small Gathering


Pagi tadi ada small gathering for DRA members. Ni utk member2 tegar yang tak pernah puas bergeder-geder. Masing2 kena bawak makanan..kirenya geder kali mcm potlucklah. Gathering was held at Kak Ida's house. Waduh waduh..besar banget rumahnya. Aku x snap pun gambar sebab xde kamera..

Today I brought Rendang Kerang. Aku sebenarnya tak tau nak bawak apa. Memula ingat nak bawak sandwich je..tp Kak Zu dah bawak. Nak bawak begedil..malas pulak nak blend2 daging, kepal2, celur2, goreng2..mcm byk keje je. Aku kan nak keje mudah je.

Ni percubaan ke-2 aku buat rendang kerang. Sayang kata ok..tp member2 DRA kata pedas gile. Siap nak panggil bomba lagi...hahahhah..sorilah frenz..makcik ni dah terbiasa pedas..jadi mcm dah x buleh nak bajet tak pedas.

Ni saja2 nak tepek resepinya

Bahan-bahan

  • 3kg kerang (direbus dan dikopek)
  • 15-20 biji bwg merah kecil {blend}
  • 5 ulas bwg putih {blend}
  • 2 inci halia {blend}
  • 3 inci kunyit hidup {blend}
  • 1/2 inci lengkuas {blend}
  • 4 tangkai serai {nak blend buleh xnak pun buleh..tp aku blend}
  • segenggam cili api (ni ikut tekak pedas aku){blend}
  • santan RM2
  • 1 keping asam keping (yg kecik je)
  • daun kunyit (dihiris)
  • daun limau purut
  • Garam kasar (grm halus pun boleh)

  • Cara-cara

  • Masukkan bahan diblend dlm kuali. Biarkan atas api biar mcm cili sume tu masak sikit.
  • Masukkan santan dan biar mendidih (api sederhana)
  • Masukkan kerang, kacau dan masukkan garam & asam keping
  • Biarkan kering dan boleh masukkan hirisan daun kunyit & daun limau purut
  • Waktu nak kering ni..kalau buleh api xmo kuat sgt..takut berkerak
  • Rajin2lah kacau sehingga kering (yg ni boleh bantu kuatkan muscle disekitar ketiak)
  • Sedia untuk dimakan


  • As for Exchange Gift..ni pun activity biasa DRA kalau ada gathering camni. Untuk EG kali ni..pinggan adalah sesuatu yg diHARAMkan. Masing2 masih fobia lagi dengan pinggan 2.90 tu kakakakka. Aku sebenarnya x bawak pun EG. Tak sempat nak bli. Tapi dorang kata boleh kasi hadiah tu kendian..so aku pun blasah jelah join.

    Aku dapat EG dari Aen and patutnya balas pada Yati. Sori ye Ti..nanti kak nest poskan hadiah kat ko....

    No comments: