Jom Kosongkan Tabung

Harini sessi mengosongkan tabung sayang yang dah penuh. Musykil aku camne sayang boleh penuhkan tabung dia yang gile tinggi tu. Kental betul hati sayang nak memenuhkan. Tabung aku yang pendek & gemuk tu ntah tahun bila nak penuh..seingat aku tabung sayang tu semenjak kawin adalah 3 kali jugak penuh. Jangan memain tau. Tabung tu tinggi, lebih 60 cm with 8cm of diameter. Kire besarlah jugakkan. Itu sebenarnya tabung aku masa time aku bujang. Bukanlah tabung betul pun. Dapat mendealah dari Jepun. Supplier kat sana anta calendar guna box bulat ni. Tp bile dah kawin aku handover kat dia sebab aku tengok dia xde tabung and duit syiling dia main tabur2 je kat dlm laci. Lagipun aku sensitip bile nampak duit ni..rasa mcm nak gi main tikam je hahahha..teringat zaman kanak2..pantang jumpa syiling..manjang nak gi kedai main tikam je.

So, kire punya kire akhirnya dapatlah RM400 lebih termasuk duit, siap ada duit kertas yang dah hancur melekat kat bwh bontot tabung tu..sayang betul..tp xpelah. Sayang kata biarlah duit tu jadi cam pengeras kat dlm tabung tu. Cam biasa..duit tu dimasukkanlah kat dlm ASB sayang. Kalau masuk ASB aku..harini masuk minggu depan dah kuar hahahha..napsu mak beso.


Nilah tabungnya. Just compare the size with my spec. Tinggikan??

.

Jari sayang yang montel tu tengah masukkan duit dlm plastik..



Duit-duit syiling & notes yang ada dlm tabung tu. Token gi main game pun terselit gak kat dlm tu hahah.

Sedang asyik aku menaip ni, adalah jiran belah mana ntah yang tengah masak ni. Sedap giles bau masakan dia..terliur aku wei

No comments: