QTI Test

Pagi semalam ada QTI test. Ramai member2 yang dah lama berlesen kereta tanya..mende apa QTI ni??

QTI ye puan2...adalah sejenis ujian pra-JPJ yang dilakukan oleh tenaga pengajar disesebuah sekolah memandu. QTI will be done soon after you finish your 10hrs driving classes. Pemarkahannya sama je macam JPJ punya cuma xlah se'strict' JPJ. Kire kalau ko naik bukit tak berenti kat line kuning tu..dorang kasi canlah suruh reverse pastu naik balik. Kalau parking tu, dorang kasi gak can sampai 3 kali utk ko buat bebetul. Kalau dah kasi can 3x tu ko fail gak nak buat salah satu benda tu kire ko fail QTI lah..kene sit for another QTI. Selagi x lulus QTI xleh nak amik test JPJ. QTI cam JPJ test gak..ada 2 sessi..satu yg naik bukit, parking pastu 3 penjuru tu. Second session..OTRD (on the road drive)

Alhamdullilah 1st session aku lulus dengan cemerlang. Bangga wei..cepat gile aku setelkan ujian tu..cam x lebih 8 minit je. Ada sorang budak tu..br ujian pertama dah kene fail. Dorang kasi can sampai 4x utk dia buat ujian bukit tu. Sampai je kat atas, keta dia berundur..sian dia. Cikgu dia silap ajar teknik kot. Sebab aku tgk budak yg satu cikgu ngan dia pun camtu gak. Tp mungkin budak yg sorang lagi tu lelaki..jd xlah segelabah pompuan tu..

Second session aku kene tolak 6 markah sbb aku x tengok cermin sisi & cermin pandang blakang. 2 kali aku kene tolak markah sbb mende yg sama. Yang bestnya boleh tak sepanjang2 atas jalan tu aku x tukar gear...aku duduk kat gear 1 je..(tp cikgu tu x tolak markah pun..dia cuma ckp.."ini macam pun boleh ka???"). Mana taknya..cikgu aku ajar laluan lain..cam jauh sikit..sampai kat tester tu dia buat shortcut. Pastu asyik ada selekoh. Jalan lurus cuma satu jelah..tp aku rasa mcm dekat sgt nak masuk balik pintu sekolah memandu tu..so aku x tukarlah gear hahahah..(pandaikan aku..)

Akunye JPJ test hari Khamis ni..takut wei. Patutnya cikgu aku suruh amik 14/8..tp tengok L aku mati 11/8..tu yg buat je 7/8..cikgu kata rugi je renew..apa2lah cikgu..janji aku lulus.

1 comment:

manisz said...

bagus shila.. tapi rosaklah kete pakai gear 1 jer.. at least tukarlah gear 2 or 3.. tk smput2 lak kete ko yerk pakai gear 1 spanjang2 drive tu?? neway.. aku harap ko lulus ok..