Ryan...

He turned 1 yesterday. Dia ni lain sikit prangai dari abg dia..Daniel. He's much more aggressive, hyper, moody, and Ya Allah...memenatkan Muma dia...(mama aku lah tu). Tapi dah namanya cucu..layan jelah walaupun kengkadang kene gak babab ngan Muma dia ni. Mama tergolong dalam golongan nenek yang agak2 cucu buat tak betul..dia blasah je. Takdelah istilah nak manjakan cucu berlebih-lebihan. Kengkadang tu cakap gak ngan Mama...dulu masa kitorang kecik2...Acama & Nenek tak penah rotan kitorang..cubit pun jauhlah sekali. Mama ckp..itu dorang..ni Mama. Tapi Mama ni aku kenal sangat. Time kitorang kecik2 dah puas dah kene blasah ngan dia..sampai aku siap tweettttttt..berenti jap dari kene rotan hahahha. Tapi bila dah besar..she became my best friend and I turn out to be like this. Takdelah buruk sangat perangainya. Masih berbudi bahasa..hahhaha..(ni kategori masuk lif tekan butang sendiri ye..)

Disebabkan tak ghetilah sangat nak duduk diam..makanya aku sumbat dia kat celah sofa tu..senang..xde penat sgt kakak & abang dia nak kejar..hahahhaha

Ingatkan dia takut..tapi tengok jelah aksi dia..kejap je cuaknya. Tak sempat lak nak snap gamba dia buat2 tergelongsor dari sofa tu..

Ni pulak gambar dia tengah merajuk. Kene sergah skali ngan aku sebab sibuk kacau abg & kakak blaja..langsung dia duduk dalam posisi tu lebih kurang 20 minit. Konon2 ada orang nak datang pujuklah tu..tapi aku dah warning kakak & abang siap2..jalan layan dia. MakNgah ni garang x bertempat betullah. Tapi sonok gak nyakat budak kecik ni..nak nak bila dorang nangis sampai chemeh2 muka tu

Whatever it is..happy birthday Ryan Singh. Today is your Mama's birthday pulak. Let see whether MakNgah can comeback or not to celebrate. Was thinking of going back but Uncle Kay is damn busy. Takkan nak tinggalkan dia lak. Sian dia asyik ditinggalkan bini yang hampir everyweek nak balik umah Mak hahahha...

No comments: