Sapa Mrs. Kay??

Tadi merayau2 kat blog filla..dia br je lepas buat tag dr fren dia..so aku pun mcm gatal gaklah nak buat tag ni..sbb dia tulis kat bwh tu "dan lain-lain yg baca blog"..(akulah salah sorangnye tu..hahah)

FIRST TIME NAIK KAPAL TERBANG...
Malu sungguh nak ckp. Orang lain kecik2 dah ada experience naik flight..aku umur dah nak masuk 26 tahun br first time naik flight itupun gi Sarawak je. Rasa macam jakun gaklah..tp control. Malu ngan anak2 buah yg lain hahahha

FIRST TIME MELAHIRKAN ZURIAT
huhuhu..aku lum ada experience melahirkan anak lagi..tp dah 2 kali experience pregnant & miscarriage. Hopefully I'll get the chance to have kids from my own womb..insyaallah

FIRST TIME GI OVERSEA
Yang ni pun macam memalukan je. Aku tak penah kuar dari Mesia wei. Tapi aku penah gak lalu kat New Zealand (Felda New Zealand kat Pahang), Singapore Street (ada satu jalan kat Seremban)

FIRST TIME DOK JAUH DARI FAMILY
Masa zaman skolah dr Std 1 - Form 5 mmg x penah duduk asrama. Actually masa Form 1 tu aku dapat masuk skolah agama tau..(ha jangan memain..buleh jadi ustazah tau patutnya aku yg rock ni..) tp Aca tak kasi sbb dia macam x caya je aku leh duduk sorang2 kat situ. Ala bukan jauh pun tp mandangkan aku ni rapat ngan dia..mungkin dia keberatan kot. So first time betul aku dok jauh masa masuk ITM Shah Alam ..tahun 97. Since then aku stay KL. Ada gak plan macam nak balik keja kat Seremban dulu, tp bila dah biasa dok KL rasa mcm mati kutu plak kat Seremban tu. Bila malam sikit je dah blur tak tau nak gi mana.

FIRST TIME RASA DIRI GEMUK
Bila dah tak muat nak pakai suar size 27 huhuhu. Masa zaman muda2 dulu inilah size aku..tak 27, mesti 26. Dulu aku makanlah mcm 10tahun x makan sekalipun badan aku tetap cekeding. Tapi rasa sejak tahun 2005 kot badan aku naik sikit2..and skrg ni aku pakai suar size 31 owhhhhh. Sakit tau hati tgk jeans lama berlipat dlm lemari

FIRST TIME WORKING
Masa Form 2 aku dah start keje dah. Balik skolah aku ngan member baik aku time tu Yap Yon Fei gi keje kat kilang mee. Keje kitorang masa tu lipat kuetiow. Gaji kitorang sejam seringgit je. Tapi oklah tu..best. Kalau weekend tu buleh dapat sampai 10 hengget. Org lain kat skolah makan mi kari 60 sen. Kitorang ngan belagaknya makan nasi lemak 1.20 sen hahhaha. Apa ada hal kan..dah keje pepenat mestilah nak makan gempak.

FIRST TIME BERCINTA
Masa Form 4. Aku berchenta ngan Sahak. Lamo wo aku kapel ngan dia ni. Dia ni kire macam kekasih tegarlah. Aku pun tak tau brapa kali putus, brapa kali sambung, brapa kali dia kene kelentong ngan aku..tapi akhirnya bukan Sahak pilihan aku. Aku pilih Mr. Kay sebab aku rasa dia best...mmg bestlah. Luv U Ba..(off topic jap ye)

FIRST TIME MERASAKAN DIRI CANTIK
Memang betul standardlah filla. Time kawinlah aku rasa cam aku paling cantik. Selama ni mcm tepek bedak ngan calit lipstick je. Time kawin segala mcm benda kene tenyeh kat muka. Maunya macam x cantik?? Lagipun aku bayar utk dicantikkan..hahah

FIRST TIME TENGOK WAYANG
Masa cuti nak masuk Form 4..kire lepas dapat result PMR lah. Gi ngan Aca & Mama tengok midnight show for James Bond (Golden Eye kalau x silap). Ingat lagi time ni. Aku pakai suar pendek jeans & kasut ala2 Dr. Cardin tu...(time tu kan fames gile kasut ni..). Mama & Aca gi bli air, popcorn and aku lak lepak kat tepi tangga. Pastu adalah pulak grup of boys datang..konon2 nak ngurat. Ingat aku bosia apa?? Skali Aca sampai sergah dorang.."What you want from my daughter??"..mcm lipas kudung dorang cabut..ha tau takut

FIRST TIME MASUK HOSPITAL
Sept 2004. Kene operate kat tutttttt tau. Masa tu ingatkan kene bisul...masyaallah sakit gile sampai jalan pun terkengkang2. Panel doctor tu lelaki..so dia kasi aku antibiotic je dulu. Aku pun cam malu nak tunjukkan tempat sakit tu kat dia. Aku cuma explain je. Tapi selang 2 hari sakit tu cam x baik je, org kata letak kapur..aku bantailah letak kapur kat celah anu tu tapi x surut gak bengkak. Dah tak tahan sangat aku gi Pusrawi..request for lady doctor. Doctor tu tengok je..dia kata.."ini bukan bisul sayang, ini cyst. U kene buang ni. Dia terus buat referral letter and masuklah aku ke ward for the first time kat HUKM. Tak best siut dok hospital walaupun hospital tu agak selesalah compared to HKL ke, Hospital Seremban ke..

********************************************************************

NAMA-NAMA TIMANGAN OLEH ORANG YANG TERSAYANG
  • Aca panggil aku Baby or Shil. (Macam ngengada je kan nama tu)
  • Mama & sedara mara belah mama panggil aku Sheila.
  • Sedara mara belah Aca panggil aku Sharmila (nama dlm sotbanak ko..)
  • Adik bradik panggil aku Angah
  • Suami tercinta panggil aku La..dalam tipon ye ye letak nama aku HONEY
  • Kawan2 panggil aku Sheila..ada jugak yg panggil Sham
  • Kawan2 cyber aku panggil aku Nest
  • Yang ni bukan yang tersayanglah..ada kenalan ofis panggil aku Shamin..bila aku ckp nama aku sharmila..dia kata dia selesa panggil aku shamin..lantaklah labu
  • Business partner bos aku dari Pakistan panggil aku (PM)..nak tau PM tu apa?? Prime Ministerlah..sbb aku yg handle segala mcm mak nenek dalam ofis tu.

  • ANDA SEORANG YANG...
  • keras kepala - masa kecik dulu slalu gaklah aku mogok lapar kalau mama marah aku. Perut lapar gile...aku siap intai dari celah pintu bilik tengok family aku makan...tp stubborn punya pasal..aku tahan jelah lapar tu. Masa tu mcm x sabar je nak suruh sume org tido, sbb bila dorang dah tido aku buat project bukak periuk cari lauk..hahah. Sampai skrg ni..prangai mogok lapar x boleh dikikis.
    • lembut hati - walaupun aku ni jenis yg keras kepala tp hati aku lembut. Janganlah org datang mintak tolong kat aku. Aku mesti mcm nak tlg. Kat ofis ni pun..bila mcm org buat salah ke..time org tu xde punyalah berapi rasa hati ni..tp bile org yg buat salah tu ada depan mata..mcm x sampai hati je nak marah.
    • penyedih a.k.a kuat nangis - sikit punya hal pun boleh buat aku nangis. Cewek org Jawa kata. Dulu masa blaja kat ITM..kalau call rumah Aca ckp he miss me je aku boleh nangis2 kat public fon tu..buat malu je (mesti budak2 yg bratur kat blakang tu ingat aku tgh layan pakwe kat fon..) Time dulu xde henpon ok..so nak tipon kene bratur, dapat pulak tgh syok bratur tetiba tipon tu dah xleh pakai. EMERGENCY CALLS ONLY..hampeh

    INSAN TERISTIMEWA
    The most special of courselah my family. My hubby.
    Then goes all my frenz

    FAVERET FOOD?
  • Kari (dari kecik aku makan kari tau hari2..)
  • Pedas
  • Makanan Chinese Style
  • Segala jenis mende aku makan..tp kene pastikan lauk tu berkuah

  • FAVERET KALER?
    BLACK, BLUE, BROWN

    FAVERET SONG?
    I'm a die hard listener for rock songs. Segala mcm rock aku layan. Dari yang slow, pop sampailah ke heavy metal. Yang heavy ni biasanya layan kalau time otak dah tak betul. Time2 camni bile dapat goyang2 badan, head banging sikit2 rasa mcm lega je

    SIKAP YANG BUAT ANDA STRESS
  • org yang memandai2 padahal sebenar BANGANG NAK MAMPUS.
  • org yang belagak & cakap besar
  • org yang tak reti nak appreciate aku

  • 3 MENDE YANG MESTI ADA DLM HANDBAG
    wallet, kunci rumah, henpon

    KALI TERAKHIR ANDA NANGIS BERIA-IA?
    last 2-3 weeks kot. Aku tgk drama kat TV3. Nasib en. suami aku xde kat rumah..kalau x mesti kene gelak

    SAPA AKU NAK TAG?
    aen, tasya, kak mas, kak mezah, kak seha, kak eida, kak yana, dekfa, kak liea, sham, and sapa2 lagilah yg rasa nak buat mende ni..
    (baik korang buat mende ni..drp ko biarkan blog korang jadi TUKUN sbb xde idea nak bebel apa) hahah


    2 comments:

    Sya Annur said...

    warghhh! menyesal aku baca. kan dah jumpa nama sendiri dah. hahaha...

    Sya Annur said...

    warghhh! menyesal aku baca. kan dah jumpa nama sendiri dah. hahaha...