Aku dan Sesuatu

Pagi tadi masa nak tukar blog template baru..puaslah aku mencari calculator ijo aku..tapi ntah ceruk mana diamnya aku pun taktau. Cari punya cari akhirnya jumpalah aku ngan calculator dalam diary ni. Nasib baik idop lagi. Slalu calculator camni pendek bona jangka hayatnya.

Apakah relevannya calculator ngan template baru?

Yelah akukan tak pandai matematik sangat. Nak kire outer wrapper, sidebar wrapper, main wrapper sume tu perlulah aku guna calculator ni. Aku saja je try n error nak besarkan template size. Alhamdullilah menjadi. Tak sia2 aku cari calculator ni.

Keras gile keypad dia. Nak tekan tu harus benyek jugak jari aku yg kontot ni. Nak kene cari jugak calculator ijo aku tu..

Tadi cerita pasal kebosanan aku ngadap sofa yg bolen tu kan. Ha nilah sofa tu. Kalau korang bosan tak pandang mende alah ni hari-hari?

Runsing wo kepala tengok sofa ni. Nasib baik aku hantar sample sikit je. Kalau sume skali aku hantar harus aku tutup sofa tu ngan blanket. Quotation jahit pun x dapat lagi ni. Brapa rat lah agaknya aku kene top up ni.

Lepas siap sofa ni aku plan nak jahit curtain guna material yg sama jugak. Aku kan bercadang nak jadi Makcik bunga sekarang ni . Mama kalau datang rumah ni mesti bangga gila tengok anak dara..eh silap anak fomfuan dia yg no. 2 ni dah jadi feminin sikit.

No comments: