Baking Time

Raya tahun ni aku macam extra rajin sikit. Apsal??
Sebab aku buat kuih. Slalunya aku cuma assistant je. Kirenya aku ni bab gentel2..tekap2 jelah. Kali ni akulah masternya, akulah tukang gentel, akulah tukang bakar..segala2nya ok. Kire rajinlah tu.

Beriya aku bawak balik oven dari KL konon2 oven kat rumah Mama cenonet. Tengok2 bila sampai eh eh..Mama dah ada oven. Fenat tau bawak turun oven tu dari tingkat 8...huahuahua. Tapi takpelah 2 is better than 1. Kasi sedap hati sendiri ye puan2.

Aku buat 3 jenis kuih je. Yang lain Mama dah buat awal2 lagi. Aku kagum gila tau ngan Mama. Yelah..Mama kan babysitter..jaga cucu yg 3 ekor tu..pastu jaga anak org (4 org) tp anak2 org yg Mama jaga sumanya jenis yg senang jaga punya. Cucu2 tu yg payah sikit. Aku kagum sebab Mama boleh jaga budak yg ramai tu, masak, basuh, kemas, buat kuih. Kalau aku?? Buat kuih..buat kuih je. Masak..masak je. Tak ghoti acik nak buek byk2 kojo dalam satu maso tu do..

Ada gak yg sudi nak snap gamba aku. Nasib baik tak seseksi biasa. Yelah kata buat kuih..pakai seksi kang..termasin lebihlah pulak kuih aku tu nanti


Ni kuih pertama. Kuih kacang mazola sebelum dibakar. Ni kuih faveret aku. Must have every year.

Selepas dibakar dalam OVEN AKU. Yang bakar kat oven satu lagi tu cun je tau. Timing sama, temperature sama..tp pembakaran dia lain. Yang kat oven aku cam hangus sikit..huhuhu

Pastu besoknya aku buat Almond London pulak. Resepinya aku amik kat majalah Jelita tahun 2007 nye kot. Nama resepinya ROYAL ALMOND LONDON COOKIES..camtulah

Adunannya aku buat guna cara conventional je tau. Rumah Mama xde mixer2 ni sume. Jadinya kat belah lengan kanan aku ada extra muscle. Letih wo ngacau

Biskut yg telah siap digentel. Dapatnya tak byk dalam 110 pieces je. Jadilah for my first try kan.

Yang telah siap dibakar. Tapi belum sempat dicelup coklat dan ditaburkan ngan almond niblet. Dah fenat ok.

Malam tu pulak aku dah naik sheikh. Aku bantai buat kek pulak. Memandang aku tengok bahan2 nak buat cake tu ada..so aku pun buatlah kek untuk pertama kalinya. Aku adun guna sudu kayu..(dulu along aku masa memula buat kek dia adun pakai TANGAN..hhahaha..dia ingat cam buat cekodok..kah kah kah)

Adunan untuk Chocolate Cake aku.


Cake aku sedang dibakar. Lama gila nak masak. Kalau ikut resepi kat dalam 45minit. Tapi aku kire adalah dekat 1 jam 35 minit.

Comment Aku: Aku rasa ok je cake ni. Moist gitu. Aku tak reti makan kek span..nanti tercekik. (buat sendiri haruslah ckp ok kan..sapa algi nak puji)

Comment Mama: Lulus

Comment Alya: Sedapnya MakNgah (dia ni sume mende mmg dia kata sedap..dia ni pemakan walaupun nampak cam cekeding je)

Comment Daniel: Sedaplah (ni aku paksa dia makan...dia tak suka makan kek. Tu kira ayat nak jaga hati MakNgah hahahha)

No comments: