Pemergian Abadi

Tanggal 30 Oct 2004, arwah telah dimasukkan ke Hospital Seremban. Keadaannya telah semakin membimbangkan. Badannya semakin membengkak. Tak tertahan rasanya airmata aku dari gugur. Laju aku keluar dari rumah. Aku taknak arwah tengok aku nangis.

Hari pertamanya dihospital aku yg temankan. Sementara aku bercuti ada baiknya aku yg jaga..nanti bila aku dah mula bekerja Mama can take over my place. Aku lapkan badan dia, aku bedakkan dia, aku pakaikan dia baju baru, aku suapkan dia, aku buat segala-galanya utk dia..sebab dia ADIK aku and at the same time she's my best friend.

Sememangnya aku terlalu rapat dengan arwah. We shared almost everything. Kitorang sanggup tinggal kat rumah makcik time cuti sekolah semata2 taknak duduk ngan along kitorang yg garang tu. Kelakar sungguh waktu tu.

Pagi 4/11/2004 around 11a.m I received a phone call from Along saying that Mimi's is in very bad and critical condition. Just imagine how I feel. Tiba2 menggeletar rasa kaki tangan aku. Aku dah tak boleh bercakap, aku dah buntu. Apakah aku akan kehilangan adik aku? Apakah Mama akan kehilangan seorang lagi insan yg disayangi? Panggilan ke-2 dari Along benar2 buat nafas aku tersekat. Mimi is gone..she's gone forever. She left me & the whole family.

I can still remember..org pertama aku tuju lepas aku terima berita sedih ni is Ina. Kita bertiga (Ina, Mimi & myself) pernah tido sekatil, pernah bergurau senda. Then, I rang Ana and she wanted to follow me back. I waited for both Ana & Mr. Kay to arrive at my office. I was a lil bit blur that time.

Sesampai je kat Bilik Mayat Hospital Besar Seremban, Mamalah org pertama yg aku tuju. Mama ternyata sungguh ralat sebabnya..perkataan terakhir yg kluar dari mulut arwah setelah kluar dari bilik scope is "nak air"..tapi Mama tak boleh bagi dia minum..doctor yg incharge tu tak bagi. Kesian adik aku. Terdapat kesan darah dibeberapa bahagian kain yg menutupi arwah. Mungkin kesan daripada proses scope yg dijalankan. Menurut sepupu aku yg juga seorang doctor, kita boleh 'sue' pihak hospital diatas kecuaian yg dilakukan tetapi mayat perlu dipostmortem. Mendengar ayat itu Mama lebih rela untuk mempercepatkan pengebumian. Cukuplah penderitaan yg ditanggungnya. Bolehkah duit menggantikan dia yg telah pergi? Bolehkan duit membahagiakan Mama selepas ini?

Only Me & Mama yg mengiringi jenazah didalam van jenazah ke Masjid utk disolatkan. Van jenazah agak sempit. Alhamdullilah ramai jemaah. Saudara mara aku yg bukan Islam telah ramai menunggu diperkarangan masjid. Di tanah perkuburan..aku masih ingat lagi kata2 salah seorang kakak pada Mama. "Ko ni dik, jangan nangis macam keling". Hello..yg didalam sana jasad adik aku..anak pada mak aku. Anak yg dikandung 9 bulan..yg dibesarkan selama 22 tahun. Yang pasti Mama bukan menangis terlolong2..mama cuma menahan sedu. Ada ke orang yang anak atau sesapalah meninggal menangis ala kadar? Itu menangis tak ikhlas namanya tu.

Setahun kemudian..tanggal 30/10/2005..arwah Maksu aku pulak meninggal (ini adik bongsu Mama). Makcik yg sound Mama aku nangis mcm keling tu berjaya aku sound balik. "Wak, tak payahlah nangis macam keling". Beriya dia nangis. Taupun macam mana rasa kehilangan. Aku puas bila dapat bercakap macamni..dan ayat2 ni slalu je bermain2 kat kepala aku..apsal ntah.




The two of them left us so early. I miss u Aca. Angah miss u Mimi

Pemergianmu..pemergian yg abadi. Tiada lagi gelak tawa, tiada lagi gurau senda, tiada lagi lawak 18sx kite, dan yg pasti perjalanan hidup PREMILA BINTI ARSHAD didunia telahpun berakhir.

Premila binti Arshad (Mimi)

Tarikh Lahir: 22 Sept 1982

Tarikh Meninggal: 4 Nov 2004 (20 Ramadhan 1425H)

Alfatihah.

Semoga Allah membalas segala perbuatan manusia yg tidak bertanggungjawab itu.

2 comments:

Eija Sam a.k.a Purple 28 said...

al-fatihah...maaf bertanye ? sakit apa yer arwahh

sheila said...

ermmm...
sakit yg x dapat dikesan..puas doctor scope sana, scan sini..tp tetap xde jawapan

tp bile buat rawatan alternative..sume kata arwah di'buat'..yg buat tu pulak ex-bf dia..wallahuahlam...hanya allah yg maha mengetahui