Lampu dan ...

Malam tadi lepas Mr. Kay balik dari berbuka puasa kitorang terus blah balik Seremban. Malam ni dia ada nak jumpa sorang client dia kat sana. Aku tunggu dia balik sampai tertido2 ok depan tv. Sikit punya lama. Kali ni dia berbuka ngan geng2 lelaki kat Saloma Bistro..aku berbuka makan nasi campur beli kat depan gate rumah je ok. Kasihankan. Saje je nak kasi Mr. Kay rasa bersalah hhaahah..keji sungguh ferangai.

Road was very smooth and clear. Mana taknya dah pukul 11 lebih takkan nak jam lagi kot. Besok belum nak raya lagi pun.

Toll dari Sg. Besi ke Seremban..RM7.20 je. Sila abaikan tahap kebersihan cermin ok. Dah sebulan tak hantar gi cuci

Sebenarnya entry ni pasal LAMPU..bukan lampu kereta atau lampu florescent..bukan jugak lampu suluh tapi lampu hiasan jalan. Dimana? Di Serembanlah uols...

Aku fed up gilos tau bila balik Semban. Landskapnya kurang menarik, lampu lagilah. Terasa mcm aku tengah berada kat zaman 80', 90an gitu.

Mcm nilah keadaan lampu kat sana. Tolonglah pikirkan lampu yg indah2 sikit. Buat lampu ala2 kat Bukit Bintang tu ke.

Lampu macam ni macam kat rumah kampung buat sambutan hari raya je tau. Tak sesuai sungguh. Camno gak eh org nak jonguk somban ni kalau camnilah gayo eh. Tolong2lah buek an perubahan sikit yo.

Kadang2 aku terpikir..apsallah dorang gi demolish lambang kemegahan Seremban satu waktu dulu. Aku taktau org Seremban yg lain setuju ke tak ngan aku. Aku minat gile ngan air pancut ala2 bulan sabit kat roundabout depan KTM station tu. Kale ijau lagi. Kalau tak silap aku dorang runtuhkan tu sebab air pancut cantik tu menghalang pandangan pemandu. I was kid then..so masa tu rasa mcm kalau gi town macam dah xbest..sbb dah xde air pancut.

Pastu dulu2 kat roundabout depan Library..dekat ngan Istana Hinggap & Wisma Negeri tu..skrg ni dah jadi bangunan apa ntah..ada landskap yg menarik. Dorang trim pokok jadi cam gajah, giraffe..wa sungguh lawa ok. Tapi sekarang ni dah xde.

Eh apsal emo aku pepagi ni kan?? Dah jadi cam entry "Seremban Now & Before" pulak

Tetiba terasa cam laparlah pulak...ish ish ish

No comments: