Me, Myself & I

Aku mcm boring sikit harini. Tak tau nak buat apa. Kerja kat ofis ni ada tp ah..malaslah nak buat. Aku rasa mcm nak cuti walaupun semalam baru je cuti. Jadi boring2 ni aku saja jelah nak listdownkan perangai2 aku yg agak menjengkelkan. Bukan utk mengaibkan diri sendiri..tp sharing is caring hahahha..

Gigit Kuku
Aku suka gigit kuku. Sampai kontot2 kuku aku gigit. Kuku anak buah aku yg umonya 2 tahun lebih besar dari kuku aku. Camno tuh? At one time masa aku masih mampu nak ber'akrobatik' kuku jari kaki pun aku gigit. Tapi sekarang ni memandang I have extra tyre here n there..so aku dah x mampu nak sampaikan kuku kakiku ke mulut..keji sungguhkan perbuatan aku ni. Tapi aku cuma gigit .. aku tak makan kuku tu. My kuku will be in worst condition kalau aku tengah kusyuk baca novel, menunggu (so don't let me wait for u pls..), and tgk tv. Kuku yang paling panjang aku penah simpan..taklah panjang mana pun..masa nak kawin dulu..itupun gile geram nak gigit. Sebab mikirkan betapa buruknya kuku kontot ni bakal diinaikan aku pun saba yolah..

Pinggan
Aku pantang makan atas pinggan yg jenis 'see thru' tu. Kalau makan kat kedai dapat pinggan camtu sure aku suruh org kedai tu tukar masuk pinggan plastik pun xpe. Aku sensitif gile part ni. Don't know why..tapi mmg x boleh. Mungkin aku jadi geli sbb aku nampak apa yg ada kat bwh pinggan. Cthnya: semut yg dah dipenyekkan kat bwh pinggan tu.

Sayur
Aku jenis yg blasah segala jenis sayur aku makan tp make sure sayur2 tu perlu dimasak terlebih dulu. I won't take..and tak akan amik sayur2 yg blum dimasak..a.k.a ulam. Once ulam2 tu dah digoreng, dijadikan lauk..aku blasah x hengat punya. No matter sayur apa skali pun..peria katak pun aku bedal. Bukan tak penah try..penah tapi sayur2 tu sangkut gitu je kat tekak ni. Payah benar nak turun. Camno nak awet muda ni??

Bosan
Aku ni jenis yg amat cepat bosan. Satu2 benda yg aku buat tu janganlah utk satu tempoh yg panjang sebabnya nanti aku jadi tension. Contohnya x-stitch aku tu dah bertahun2 tapi tak jugak siap. Kotak tu pun dah penuh ngan habuk. Bila mood nak buat tu datang balik aku akan tekun buat lebih kurang 2 minggu sebelum mood tu akan di'swing' semula.

Kumpul Barang
Ni perangai yg ntah hapa2 ntah. Aku suka kumpul bookmark & keychain. Lately I was into collecting fridge magnet. Collection aku taklah banyak sebab kadang2 tu mana yg aku simpan tu kene tibai..tapi adalah jugak untuk dibanggakan. Surat2 cintan lama pun still aku kumpul jugak..(itu masuk kategori kumpul ke kategori simpan??? ahhaha). Rasa2nya keychain yg paling aku sayang..Cipan yg kasi ..Lilo & Stitch..datang anak buah aku..gedik2 nak keychain tu..dengan muka yg agak toye aku pun terpaksalah kasi dengan harapan kalau dia x perasan aku nak cilok balik..tp hampeh. Nama pun budakkan..ntah ceruk mana dia baling pun aku tak tau.

Malas
Aku je ke yang malas? Rasanya ramai lagi yang malas. Tapi ni satu perkara yg mmg tak patut diamalkan nak nak aku ni kan bini orang. Ish ish ish..apalah punya prangai ni. Nak kata genetik malas tak jugak. Acama sikit punya rajin..sekarang ni umo dah 80++ tapi still bangun awal pagi menyapu, mencuci bagai. Aku selagi tak pukul 10 tu kire blum nak terbukaklah bijik mata tu. Mama will still cook even she's not feeling well.. tpi aku ni walau sihat skalipun amatlah malas tahap gaban nak masak. Sian laki aku kan

Kurang Mesra
Orang slalu kata aku sombong. Aku tak sombong cuma aku lambat panas..tu je. Once u know me then u know who I am. Tak kering gusi nanti.

Penyedih
Airmata aku sangat murah ok. Boleh bli walaupun bukan waktu sale gitu. Sikit2 nak nangis. Mr. Kay ckp tinggi sore sikit pun nak nangis. Mama aku baru ckp dia rindu kat aku..tu pun nak nangis jugak. Camnelah nak gi blaja kat luar negara camni..alasan je tu..bukannya pandai sangat pun sampai nak gi blaja overseas. Pastu kalau tengok tv cerita tu sedih sikit je...tp aku dah nangis dulu. Baru kuar intro lagu tu ala2 sedih..aku dah leleh dah. Kalut kalut. Kalau time sakit lagilah cepat nak nangis. Kalau demam..Mr. Kay tanya "awak nape? demam ke.." huhuhu..soalan itupun boleh buat aku nangis tau. Cengeng ke aku ni??

Lembap
Camne nak eja ni.. i mean slow bukan wet. Blasah jelah lembab ke lembap ke..
Aku ni lembap sikit nak buat keje. Kalau nak masak tu tak ghoti doh acik masak sambil nyiang ikan ko..numbuk ko..harus jugak hangit lauk kek ateh dapur tu. Orang lain masak satu jam, aku kene bajet 2 jam lebih ok. Nak makan lagi satu hal. I'm a slow eater. Mr. Kay dah makan 3 pinggan aku 1 pinggan pun x setel lagi. Budak ofis ckp aku makan mcm pengantin...hahahah..aku mmg x reti nak kunyah laju2 ni. Harus tergigit lidah nanti. Tapi aku xlah lembap sangat time blaja ok...penah dapat Dean's List tau.

Dahlah..mcm banyak lagi perihal aku..tp panjang sangatlah pulak..

Till then..SELAMAT BERBUKA PUASA

No comments: