Pampering Myself

Dah lama tak gi facial. Aku pun lupa yg aku ni amik package kat Saloon tu. Package tu untuk 5 sessi rawatan and I went only for 2 session. Meaning I have another 3 sessions to go. Camnolah buleh lupa. Nasib baik akak saloon tu sms aku. Kalau tak rugi aku tak cantik2 time raya tau. Bukan je rugi time raya..rugi jugak duit sebab aku dah bayar habis. Kan betul aku cakap..aku ni pelupa. Semut ooo semut..kenapalah ko suka masuk dalam mulut aku..sian semut pulak yg disalahkan yek

Laluan nak gi saloon tu dari rumah aku. Ada jalan yg tak gelap tapi malaslah nak pusing jauh2. Aku rela lalu jalan gelap ni..sungguh berani mengambil risiko. Memula tu aku jalan sikit punya laju..tp bila aku dengar kat blakang ada bunyi budak2 sore pompuan..aku pun buat cool..siap amik2 gamba lagi..belagak betul

Stand Advert utk kedai tu.

Photobucket

This is not pontianak ok.. It's me. Tengah pakai masker. Aku siap tido2 lagi ko..rasa cam penat sangat badan ni

Gift from Saloon. Tenkiu Kak Ina

Sepatutnya, in a same day aku buat facial & eye treatment. Tapi budak beautician tu belum mahir nak guna eye machine tu .. so aku kene datang balik lain kali utk treatment mata ni. Rawatan mata tu penting utk aku..sebab aku ada eyebag yg agak ketara. Punyalah banyak bag dalam dunia ni..eyebag jugak yg aku pilih ..ish ish ish. Tapi nak buat camnekan..Allah dah kasi..terima jelah

Lepas ni aku plan nak amik package fitness, facial & sauna pulak. Bila lagi nak mem'pamper'kan diri..kalau bukan sekarang. Kalau ada rezeki ada baby nanti..bukan boleh suka2 hati nak berfoya2 camnikan..so grab the chance.

No comments: