Puasa Day 10

Walaupun tak pose tapi tetap jugak nak berbuka. Harini tak lunch tau kat ofis. Minum air Milo O je..tak penah aku buat minum Milo O..cari susu xde lak kat ofis ni. Hish..

Gara-gara tak tau nak makan apa kitorang plan gi makan kat Bdr. Tasik Permaisuri. So far itu sajalah restoran mamak yg boleh layan tekak aku ni. Restoran Hajriz Bistro (RHB)..wahhh..cam nama bank pulak. Sampai situ awal jugaklah..lebih kurang kul 6.25pm..ingat nak gi PARAM kat situ. Baru je reserve table zasss..turunlah hujan dipetang hari. Makanya tak jadilah aku nak shopping lauk kat situ.

Mr. Kay makan Nasi Beriani kambing. Bolehlah layan..ado tolo sebijik tu..

Nasi Ayam Hainan ni aku yg punya..

Ni ayamnya..nampak mcm sedap tapi aku rasa tak sedap. Tekak aku pahit gilos aritu..

Malam ni Mr. Kay ada main badminton. Hangin je badan aku. Lepas makan berat camtu ada hati nak main badminton..kalau ter'uwek'...sendiri tanggung. Alangkah bagusnya kalau gi solat terawih dari terkinja2 kat badminton court tu. Memula taktau dia dah janji ngan ofismate dia. Lepas dia solat maghrib aku musykil gak..apsal laki aku ni berbaju kat rumah. Tak penah dibuatnya. Ghope2nya dia dah ada agenda. Aku pun buatlah moncong skaki..buat2 tak dengar apa yg dia nak. Gilah cari sendiri raket tu. Kalau aku tau aku sorokkan je kat blakang almari...huhuuhuhuhu..jaatnya bini dia ni..

Tapi pergilah..aku kasi sebenarnya..cumanya yg aku marah dia x sound aku awal2...tak sukalah kasi tau last2 minute ni.

No comments: