Puasa Day 17

Satu hari aku tak makan nasi harini. Syabas mere bethi..syabas. Tapi dalam mihun dan kueh tiow tu xde carb ke?? ngeh ngeh ngeh. Tapi takpelah for the beginning.

I'm in the mood of keeping my weight down. Not down like the old days..but at least 55kg and below. Terasa penat bila badan dah naik ni. Bila berjalan pun boleh rasa peha yg berlaga2 tu..some more kalau berlari..dah mcm nak ada gempa bumi. Gempa bumi satu masalah..masalah yg satu lagi..nak lari pun malu. Banyak sgt yang bergegar here and there.

Sahur pagi tadi as ordered by Mr. Kay I prepared Mihun Goreng. Sebenarnya Mr. Kay nak makan mihun putih tu..mihun singapura ke apa ntah namanya. Tapi aku pandainya gi guna lebihan minyak daging goreng kunyit aritu..jadinya..terkuninglah mihun aku ni. Aku faillah goreng mihun ni. Slalu sangat tak jadinya. Bila ntah nak perfect. Sian Mr. Kay...sian jugak kat aku..sebab makan sampai nak tercekik.

Inilah hasilnya mihun goreng Singapura aku. Tu pun nasib baik tersedar kul 4.26..kalau tak tu harus sahur makan megi je..kalau tak pun sahur dengan niat je.

Sepatutnya petang ni ada berbuka pose ngan client Mr. Kay (Abg Manja) kat Subang. Petang tadi tetiba je kepala aku cam sakit..sekarang ni dah ok pulak. So, aku pun cancellah rancangan nak ikut berbuka. Let Mr. Kay je yg pergi...after all client dia kan...aku ni tumpang nyibuk je. Memandangkan takde apa kat fridge aku plan nak berbuka dengan maggi je. Tapi Mr. Kay tipon kata dia blikan lauk berbuka. Dia tak nak aku berbuka ngan maggi. Terharu


He bought me Char Keow Tiaw..sodap gak

Sambal Sotong Sumbat. Mr. Kay tau apa yg aku suka makan. Kata sambal tapi rasanya manis. Pulak tu aku tak gemar org masak sotong tak buang kulit yg kale purple tu. Yang bersumbat2 tu haruslah aku tak makan..aku makan sotong dia je

Pulut panggang kegemaran aku + roti jala kegemaran Mr. Kay. Banyaklah pulak lauk..tangki den taklah bosa mano pun.

Kesimpulannya..sehari suntuk aku ngadap pc kat rumah sambil tv terpasang dari pukul 9 non-stop ok. Haruslah melambung bil letrik umah ni nanti.

No comments: