Puasa Day 20

Harini plan berbuka kat rumah Kak Chik Mr. Kay kat Senawang. Aku kan mcm tak puas mengada2 ngan Mama..so aku bawaklah Mama & all the askars together. Kalau bwk Mama je mana pulak nak campakkan askar2 along tu. Along niaga ni.

Memula ingatkan nak gi Giant or Tesco jap. Nak blikan mama blender. Blender mama dah barai. Ada org pakai sampai terbarai pastu buat2 x reti nak ganti balik ok. Hangin je aku. Tapi macam x sempatlah pulak. Kitroang kuar rumah pun dah dekat kul 6. Nak gi PARAM lagi.

Mee Goreng Mamak Kak Chik yg buat.

Asam Podeh Berempah Ikan Baung. Maveles. Kak Chik mmg great cooklah.

Sup ayam utk anak2

Ikan Caru bakar bli kat PARAM je...

Talapia Bakar bli kat PARAM jugak. Pakcik yg jual ikan ni gile kelam kelibut. Aku nak 2 dia kasi 1. Pastu org yg nak 1 dia bantai kasi 2. Pakcik ooo pakcik...coollah pakcik.

Sementara tu sila2lah amik gamba sendiri ye. Aku musykil camno org amik gamba sendiri cam cun2 je. Tapi kalau aku amik gamba sendiri mesti mcm xlawa. Kuar muka separuhlah..muka aku x masuk kamera langsunglah. Camno nak pandai ni?

MakNgah and Alya. Tengok tu muka MakNgah masuk 1/2 je. Tapi oklah yek..ada taik lalat tu still boleh cam lagi kot..hahah..


MakNgah & Daniel. Ha oklah sikitkan..kire 8/10 muka aku dah masuk dalam itu gambar. Sila abaikan tahap kebengkakkan bibir mak ni ye. Aku mmg lain dari yg lain dlm family. Bibir aku paling tebal..idong aku sorang je yg pesek..mata aku paling besar. Kaki aku je yg ikut mcm mama..pendek kata aku copy cat mama sebijik sebijon.

Muka Ryan tak dapat masuk dalam ini gambar pasal dia tengah syok tido kat blakang tu. Lepas ni nak kene praktis snap gamba sendriilah..aku pun nak gak syok sndiri

Mama next week baru beli blender ye. Sementara tu takyahlah masak sambal...sila2lah tumbuk cam zaman dolu2..

No comments: