Puasa Day 21

Cepatnyalah masa berlalu. Rasa macam baru je balik Alor Gajah..buka pose day 1 with Abah. Harini dah pose hari yg ke21. Sungguh laju & cepat.

Pagi tadi memandangkan I didn't sleep after sahur..aku balas dendam tido lepas zuhur. Cadang nak gi pasar tup tup ujan..tu yg den goram yo nengok bantal dopan tv tu. Tengah syok2 layan mata..aku dengar satu ringtone yg sangat familiar. Itu lagu cuma kluar kalau Mr. Kay call sajork.

Mr. Kay: Awak dah bli lauk ke?
Me: Belum lagi..(sore mcm tido malam ko..)
Mr. Kay: Camne nak gi? KL ujan lebat ni? (camne dia tau ujan..dia bkn ke kat Kuantan?)
Me: Mana ada ujan..jap lagi la gilah
Mr. Kay: Awak nak masak apa ni?
Me: Surprise
Mr. Kay: Nak surprise mendenya..saya kat kl dah ni
Me: Errrr..(shock gilos..aku tak mandi pagi pun lagi ni..)
Mr. Kay: Nanti sy singgah beli jelah. Nak beli apa?
Me: Blilah ayam, santan, cili padi, pastu syr apa2

Terbantut tau tido aku. Zassss..aku gi mandi. Tak syoklah laki balik bini tak mandi2 lagi.

Masak lomak cili padi aku yg agak tawar harini. Serai sebatang je pulak tu. Kalau dah x sedap tu..macam2 alasan. Podeh yg amek amek podeh. Berasap tekak aku..dah tu lawan lak ngan teh o suam2..fuh

Ni pulak faveret aku..sutung. Sotong masak cincai yg sodap

Taugeh ikan masin. Mr. Kay yg masak. Balik2 je dia terus chop nak masak yg ni tau. Mentang2 dia gi Kuantan bli ikan masin

Sambal blacan ni pun Mr. Kay yg tumbuk. Kalau ye pun excited nak tumbuk janganlah hanguskan chopstick kat rumah tu. Huhuhu..nasib baik chopstik tu dpat free masa tapau kat Tenpayaki. Kalau yg sendiri beli harus nangis jap

Grapefruit yg dah 2 bulan duduk kat fridge. Dah kecut dah buah ni. Ade sebijik lagi stok utk besok.

Makan sampai konyang gilo..tapi mcm ada hati nak gi makan kat OldTown. Kalau dah camni gayanya camno perut tu tak bertingkat2? Lu pikirlah sendiri yo

No comments: