Puasa Day 24

Sebelum gi ke tempat nak berbuka puasa ktiorang kene dan terpaksa pegi ke Pandan Indah dulu. Ini kereta sudah bikin hal. Cina pomen tu dengar je bunyi engine dia dah tau apa masalahnya. Baguslah yek..apsal aku taktau.


Petang tadi disebabkan Mr. Kay terlalu sangatlah mengantuknya dia gi area2 rumah and send the car for wash. Dan dia pun dengan bangganya balik rumah jalan kaki dan tido. Dekat 2 jam jugak dia tido..wawawa..bestnya tido. Dia suruh mamat cuci keta tu cuci segala mak nenek dlm keta, enjin, polish sume..dan akibatnya engine tak cukup kering dan mula2 tersengguk2 kat atas jalan

Pomen tetap Mr. Kay...Soon Keng

Nak pegi kat pomen tu punyalah seksa mengharung jam..lampu isyarat alih2 bila sampai sana tak sempat panas pun bontot aku yg agak lebar ni. Dah siap. Polis yang jaga jalan tu boleh pulak terkedek2 mcm itik pulang petang jalan dari bus stop ke tempat yg penuh sesak tu. Siap gelak2 lagi ngan member dia. Dia ingat dia ketawa tu boleh bagi kegembiraan kat org yg dalam keta??? Lainlah kalau baby kecik yg gelak guling2 kat atas jalan tu..mesti org lain pun teruja jugak. Buat keje dulu lepas tu baru borak gelak2 boleh tak??

Dah siap dikeringkan engine..kitorang pun bergerak ke Taman Dagang. Harini Mr. Kay ada appointment berbuka ngan customer dia. Customer yang paling byk buat order tapi nak makan kat tempat yang simple mimple je. Bagus arr dorang ni. Tempat nipun dia yg suggest. Buffet RM20 je sorang


Restoran T'mor Place kat Tmn. Dagang Ampang. Menu buffet dia boleh tahanlah jugak tapi aku tak makan buffet. Aku gedik2 nak makan ala carte

Ni antara lauk yg Mr. Kay amik. Lauk cepat habis

Bubur pisang yang aku suruh Mr. Kay amik. Tak aci kan..aku makan ala carte tp sibuk ngendeng lauk org mkn buffet.

Ada banyak lagi lauk..tp mcm malas nak snap. Aku makan Nasi Goreng T'mor Place (ni mcm nasi goreng kunyit, pastu ada udang goreng sedap, and salad). Pastu aku dengan tamaknya order sotong bakar. Yang ni pada aku tak sedap..sebab dorang letak ikan masin kat sosnya. Pelik rasa dia..tp dah ode makan jelah

Customer Mr. Kay kata best tempat ni...tapi aku rasa biasa2 je. Lain org lain penerimaannya.

No comments: