Puasa Day 26

Harini Mr. Kay ada temujanji ngan client lagi. Client dia ni suka sangatlah makan kat Quality Hotel. Cubalah bawak2 tukar tempat makan tu.

Mr. Kay jemput aku kul +/- 6. Waduh2 jalannya kok tenat skali. From KJ to Quality Hotel KL agak sesak jalannya. Dah puas masuk lobang sana..masuk lobang sini..tp tetap xleh nak avoid jam. Sudahnya tukar plan. Tempat makan ditukar ke Ampang..KRB. Blasahlah labu..janji buleh makan.

Nak gi KL jam..nak gi Ampang pun jam jugak. Sudahnya bila azan dilaungkan..aku still kat dalam kereta. Air pun xde tau..yg ada cuma air liur. Mr. Kay cadangkan kite korek idong tuk nak batalkan pose..sungguh busuk & keji tau idea tu. Telan liur jelah. Tup tup teringat pulak ada spare Clorets kat dashboard..selamat.

Azan pukul 7.09 minit kot. Tapi kul 7.16 baru kitorang berbuka tau..Kasihan sungguh

Berbuka pulak ngan Clorets ni je. Tapi syukurlah..ada org tu hanya mampu berbuka ngan air paip je. Aku sekurang2nya ada makanan menunggu. Syukur padaMu Ya Tuhan

No comments: