To Paint or Not to Paint?

Satu ketika ketika aku tengah hangin satu badan dengan Mr. Kay..konon2 mcm merajuklahkan..aku pun kuncikan diri aku dlm 2nd room. Siap hangkut cat & peralatan mengecat lagi tau. Konon2 nak cat dinding..nak wat retro stylelah..nak garis2lah. Azam tu mmg gile tinggi. Kebetulan time tu cat kale ijo ala2 hutan rimba ni still banyak lagi. Aku obses ngan kale ijo tau time tu. Mmg tahap obses tak bleh blah punya.

Aku ukur dinding tu..siap buat garisan pakai pensil lagi. Pastu siap tampal ngan masking tape. Ada ke tukang cat lukis2 kat dinding cam aku ni. Nama pun seketeri yg nak cat..haruslah jadi camtukan..

Nilah konon2 nak buat retro style tu..nak buat bulat2. Tapi satu bulat je mana nak jadi. Ni dah jadi cam bendera PAS ok. Sebab bulat tu mcm burukkan..so aku cover ngan cermin yg boleh alih tu. Takdelah org nak prasan sangat melainkan org tu sikit punya rajin nak alih cermin tu.

Ni pulak jalur2 kat tepi pintu. Grandlah tu kononnya.

Alamak..lupa laks nak rotate gamba ni tadi. Akibat dari penggunaan masking tape..habis terkopek2 ok cat lama tu.

Konon nak pandai sendiri..sudahnya keadaan ni tiada kesudahannya sampailah ke hari ni..walaupun 3 tahun telah berlalu. Kua kua kua..hangat2 taik ayam. Mr. Kay sorilah nak wat keje cat mengecat ni. Skrg ni aku plan nak tibai cat extra kat ofis tu..kale ala2 lime gitu..nak cat balik bilik ni. Kalau stakat nak cat biasa tu aku no hal buat sorang2..aku anak tukang kayu ok. So sikit sebanyak bakat bertukang tu tertumpah kat aku. Tapi sempat ke nak cat. Kalau nak cat aku kene mintak tolong Mr. Kay alihkan katil dia yg gile berat tu. Camno nih? Nak cat ke taknak?

Mengantuklah pulak. Aku tak tido tau lepas sahur tadi. Tido kul 1 bangun kol 4..camnolah mato ko tak sembab wei. Mr. Kay sekarang ni kat Kuantan..lepas sahur tadi dia gerak ngan ofismate dia. Ada soundcheck kat sana harini. Rasa mcm nak bobok jap..lagipun aku dah setel bab2 kemas rumah ni..tinggal nak gi pasar je jap lagi..masak..pastu kalau ada mood bolehlah gi melalak. Itupun kalau lepas bangun nanti cam rajin nak masak.

Apsal lagu kat radio ni sebut encik encik..lagu sapalah tu

No comments: