Hari Raya Greetings

To friends yg sudi menghabiskan kredit hantar hari raya greetings to me, thank you very much.

Aku taknak lupakan mesej2 korang ni..so aku letaklah kat blog ni. 5-6 tahun akan datang aku leh usha2 balik ucapan2 korang tu kan..

Tasya: Selamat berbuka puasa, selamat menghias rumah, selamat pulang ke
kampung. Selamat hari raya dari tasya dan edi.
Kak Eida: Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin. Mohon
kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki andai ada terkasar bahasa. Semoga
aidilfitri ini dapat mengeratkan hubungan dan pesahabatan dan persaudaraan.
Ikhlas dari Zahidah (eida), Sulaiman dan Amerruls.

Abg Mus: Selawat & Salam ke atas Nabi MUhammad SAW. Semoga ibadah diterima Allah SWT. Ramadhan menghilang Syawal menjelma, itulah hakikat dunia. Namun perjuangan belum selesai. Selamat Hari Raya Idilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga. (Mustafa Latif, Tmn. Seri Gombak/Alumni UiTM)

Aen: Takbir bergema menandakan syawal telah tiba. Bersama kita bermaaf-maafan. Moga hidup diberkati SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Drpd Aen, Din & Cinta

Lieza82: Kalau dilipek sebosar kuku, kalau dibontang sebosar alam, kok hilang dicaghi, kok tonggolam disolam, dtg biarlah nampak muko, kok poie biarlah nampak belakang, jauh dihimbau dokek digamit, seuntai slm sejambak kato, dogub bicaro menghisik raso. Maaf den pinto. Selamat hari Raya, Maap Zahir & Batin. Dr. Lieza, Azizi & Danish

Kak Jaja: Dalam gurau ada terkata, dlm bicara ada terkasar bahasa dalam tindakan terguris rasa. Maaf dipohon ampun d'pinta, salam aidilfitri & slmt hari raya..ikhlas dari k. ejaz dan keluarga

Kak Coral: Dalam gurau ada terkata, dlm bicara ada terkasar bahasa dalam tindakan terguris rasa. Maaf dipohon ampun d'pinta, salam aidilfitri & slmt hari raya..ikhlas dari coral dan keluarga

Cipan: Kalau dilipek sebosar kuku, kalau dibontang sebosar alam, kok hilang dicaghi, kok tonggolam disolam, dtg biarlah nampak muko, kok poie biarlah nampak belakang, jauh dihimbau dokek digamit, seuntai slm sejambak kato, dogub bicaro menghisik raso. Maaf den pinto.

Sabri: Jambangan indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri..sms dikirim penganti diri tanda ingatan tak layu di hati. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Ingatan tulus Ikhlas SABRI, NORHASLINDA & NUR ALYA BATRISYA

boyot: Senandung malam dihari raya, takbir bergema di pg syawal, maaf d pinta d hari mulia tanda kemuliaan hati terbuka. Ikhlas drp Noor Azmi & keluarga, KP UMNO Caw. Pantai

Pogiey: SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN..DGN INGATAN TULUS IKHLAS DR OGY & FADLY

Suren: Akum. Aku minta maaf atas segala kslahan. Tlanjur bkate..tlanjur bahse..tlanjur bergurau..Aku pohon ampun dan maaf. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

Roy: Jambangan indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri..sms dikirim penganti diri tanda ingatan tak layu di hati. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Angah ET: Assalamualaikum..Tiada bicara yang terindah selain salam dan bicara kemaafan di antara kita. Salam kemaafan dihulur setulus hati semoga jalinan silaturrahim antara kita kekal abadi. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dr Rozmi (angah)

Wak Ijam: Pejam Celik pejam celik dah lama x jumpa. Pejam celik pejam celik dah 30 hari kite pose. Makin lama pejam dan celik makin byk salah dan dosa. Sementera masuk celik, byk2lah buat pahala. Sebelum pejam x celik2 harap maaf jika tersalah kata. SELAMAT HARI RAYA..maaf zahir & batin dari nizam & keluarga

alisha: Gemersik takbir memuji Ilahi, bermula syawal Berlalu Ramadhan, Sembah salam tulus dihati, mohon maaf sempena lebaran. Maaf Zahir Batin

Kak Liza: Salam Lebaran. Kemaafan jua dipohon atas segala salah silap. Ikhlas drpd k. liza n famili

Kak Liea: Dalam bermesra mungkin t'kasar bahasa. Dalam bergurau mungkin t'lanjur senda, salam berjanji mungkin ada yg belum diKOTA, dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa. - Jika ada - kemaafan jualah yg kupinta.."SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN - drpd liea sekeluarga

kak nisyra: Selamat hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Tulus Ikhlas drpd Nisyra & Family

Dr. Norida: Selamat Hari Raya, harap maaf segala dosa

Kak Mas: Walau langkat x bertemu, tangah x berjabat, ucap x terdengar, mata x bertatap, tapi izinkan hati memohon maaf, zhair & batin..selamat hari raya aidilfitiri. Dri darwis mas sabrina sofea yasmeen.

Ina: Adat manusia tidak sempurna, tersilap kata terlanjur bahasa, salam dihulur maaf dipinta, semoga lebaran berkat dirasa, hubungan terjalan bertambah mesra. SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. Dari kami sekeluarga Muhd Hamizam, Julianawati, Muhf Fariz, Myra Annisa dan Marissa Damia

No comments: