Jom Gi Pasar

Entry ni sepatutnya dah berkurun masuk blog. Tapi aku lupa laks.

Last day puasa..kire hari mantailahkan. Me & Mr. Kay broke the record. Lepas sahur kitorang dah sampai pasar. Cam tak caya je. Tapi itulah kenyataan aku aku rasa sgtlah membanggakan for me yg jenis x reti nak bangun pepagi sgt ni.

List barang tu malam sebelum tu dah tulis siap2...takut kalau listdown pagi tu jugak harus kul 8 pagi baru nak kuar. Itupun kalau terjaga pagi. Sampai kat pasar tu around 5.55 am. Dah pack dah ngan manusia2..just imagine kalau aku gi pasar kol 10 ke..apa macam punya jam agaknya kat situ??? Kire oklah kan gi pepagi takdelah panas sgt..balik pasar aku boleh membongkang. Nasib baik gaklah..Mr. Kay dapat parking cun2 depan pintu pasar. Macam menteri pulak aku rasa hahahah..

See...banyak lagi kedai yang tak bukak. Dorang ni niaga kat pasar ke kat shopping complex ye? Aku beriya tau pilih kedai melayu nak bli barang...yelah sapa lagi nak tolong melayu kalau bukan melayu celup cam aku ni kan. Tapi tengok..dorang lom bukak kedai pun lagi..so terpaksalah jugak aku bli kat kedai bukan melayu. Nasiblah.

List barang. Amik ko kertas tu dah berconteng2. Kat rumah Mama..pantang ada buku kosong..mesti kene keje ngan anak2 buah aku tu. Dorang lukis ultramanlah, transformerlah.

No comments: