Reflexology Stone

Malam Raya ke-2 kitorang sekeluarga dah merambu kat bandar Melaka. Biasanya petang raya pertama me & Mr. Kay akan balik Melaka..raya kat kampung dia pulak. Second raya tu my family akan datang from Seremban. Biasanya dorang sewa chalet sebab bukan ada mana pun dorang nak pegi..selain dari makan2 angin dihari raya. Kebetulan kampung Mr. Kay berdepan dengan laut so mmg cun lah idea nak bergathering di hari raya ni.


Masa memula kawin tu seganlah jugak sebab org lain beraya belah mentua tak bawak mak ngan adik bradik..tp aku ni sume2 aku nak angkut. Tapi bila pikir2 balik..nak malu & segan buat apa..kata dah bersaudara..yg jauh harus dirapatkan. Family aku kecik je..haruslah terasa kekurangan


Lepas acara makan besar2an kat kampung Mr. Kay..kitorang plan nak gi beraya kat rumah member @ client Mr. Kay somewhere kat town. Pastu kononnya nak beraya kat umah Noli..kebetulan katanya this year dia sambut raya kat Melaka. Tapi sempat gi rumah member Mr. Kay je. Lepas tu kitorang terus gi Dataran Pahlawan..jalan2 cari baju, kasut..& yg penting cari makan selain dari ketupat & rendang...mak dah muak ok

Aku suka mende ni. Macam batu2 utk reflexology tu..tapi bile pijak takdelah sesakit pijak batu yg mmg dorang buat khas utk kaki tu. Yang ni cuma utk mengindahkan kawasan kot. Tapi aku mmg gile minat ngan mende. Dah pasang angan dah..kalau dah beli rumah sendiri (tp kene rumah bwhlah ye..kalau aprtment kem salam jelah) aku nak wat camni gak.

No comments: