She's My Ex-Roommate

A week before Hari Raya, aku ntah camne ntah dlm melayan keboringan aku kat ofis aku buleh lak selak2 paper Berita Harian. Aku ni jenis yg jarang baca BH..slalu aku baca Utusan or NST je...sbb aku tak suka font yg BH guna..boleh camtu??

Selak punya selak..tetiba kat column salam perantauan tu aku ternampak gamba yg sangat2 aku kenal. She's my ex-roommate masa kat ITM dulu. Kitorang duduk satu bilik kat Seroja 3 (bilik 315) for 3 semesters. Semester ke 4 aku kena tendang sbb org lain sibuk kumpul point nak stay duduk kat hostel..tp aku sibuk balik Seremban every weekend..camno nak kumpul point gak eh tu?

Masa kitorang duduk sebilik tu dia yg banyak tolong aku in improving my English. Thanks for your help Sue. Skrg ni dia kat Nottingham sambung buat PhD kot. Masa kat ITM dulu she took Matrics (Mass Comm) pastu sambung kat UKM buat Master..atas pada master apa yek?? Nanti nak chatting2 ngan dia kat Facebook lagilah...lupa lak nak tanya



SELAMAT berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri kepada ibu bapa di Rembau dan Tenom, keluarga dan sanak saudara. Tidak lupa kepada rakan di Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka serta semua bekas pelajar.
Tidak ketinggalan semua bekas guru dan pensyarah di UiTM, UKM. Juga kepada semua warga kerja Berita Harian, walaupun tidak pernah bersua tetap memberi peluang saya berkongsi pengalaman dengan masyarakat Malaysia dari bumi Nottingham ini melalui kolum mingguan yang diperuntukkan. Maaf zahir dan batin daripada Marwan Tahir dan Siti Suriani Othman, Nottingham Trent University, United Kingdom.

3 comments:

umieadam said...

Kak nest..
duduk seroja juga?
saya seroja 2..hehehe

saya pun amik matriks Masscom..tp muka kawan akak ni mmg saya agak familiar lah...

sheila said...
This comment has been removed by the author.
sheila said...

ha...
mesti kite penah langgar bahu kat dewan makan dulu kan..

kwn kak nest tu..mmg baya kak nest..maknye senior ko setahunlah kot. dia ni org kuat S3 dulu..pastu aktif kat ITM