Ziarahi Pusara

Pagi tadi sebelum balik semula ke Seremban, kitorang gi ziarah kubur Arwah Mak, Atok & Nenek Mr. Kay. Tiap kali ziarah kubur Arwah Mak..aku mesti rasa sedih. Aku tak pernah kenal arwak MIL aku...gambar pun x clear. Tapi mmg aku rasa sedih. Aku pun tak tau kenapa. Arwah Mak meninggal masa umo aku blum pun cecah 2 tahun. 15 Jan 1981 itulah tarikhnya. Masa tu Mr. Kay baru nak masuk darjah 2 kot. Kesiankan.

Aku slalu terpkir..camne Mr. Kay yg masa tu umonya baru 8 tahun..and 4 org lagi adik2 bawah dia survive without kasih sayang mak. Aku ni yg umo dah 29 tahun pun still need my Mama. I can't live without Mama. Mungkin itu yg buat aku sedih tiap kali ziarah pusara arwah Mak.

Laluan ke pusara yg telah diterangkan dan dipagarkan. Dulu lagi menyeramkan sebab kat sebelah kawasan yg berpagar tu penuh ngan pokok2 besar. Tapi dulu jalannya taklah sesempit ni.


Pusara arwah Mak yang ada kepok putih tu. Sejuk je kat situ sebab mmg bawah pokok. Nak jalan ke pusara arwah Mak kene hati2 sebab banyak nisan yg dah tenggelam dan mungkin kite berjalan diatas pusara org lain. Kawasan perkuburan ni dah tak digunakan lagi sebab dah penuh dan semuanya kubur2 lama.

Al-Fatihah

Besok aku nak gi kubur Arwah Aca & Mimi. Aku rindu kat dorang. Sedihnya

No comments: