Breakfast Indian Style

Aku dah lama teringin nak makan idli. Bukan senang nak makan idli ni. Kena cari kedai yg mmg best, masa yg sesuai sebab biasanya orang makan idli time sarapan.

Pagi tu lepas gi Senawang amik anak kakchik kitorang pun teruslah gi ke Restoran Ooty kat Seremban. Restoran ni betul2 opposite klinik family kitorang (klinik samuel). Skali bila dah sampai tu...xdelah fuloookkk idli tu dah habis. Ate dah kul 10 baru nak sarapan..haruslah segala mak nenek dah abis

Sume orang order tosai..kata anak India..haruslah makan kene ada taste2 india sikitkan. Aku order Rava Tosai..sedap ko..tapi chutney dia still xleh nak lawan chutney kat kedai mamak kat area psr. sg. besi

Aku yg snap gamba ni..tapi apsal muka aku cam sengal je ni?? konpius aku hohoh

Ryan posing sebab dia tau MakNgah nak snap gamba

On the way nak singgah pasar utk beli lauk lunch..skali nampak ada apek ni naik motor 3 roda bawak beruk. Apek tu siap pegang rotan lagi tu. Penderaan sungguhkan. Tetiba aku rasa kesian je kat beruk tu. Rasa mcm nak kidnap beruk tu masuk dlm keta kitorang hohoho

No comments: