Ma'ib dah kawen

Pengantin lelaki ni anak arwah Mak Su aku. Satu2nya anak kandung dia. Kitorang panggil dia Ma'ib. Apa punca kitorang panggil dengan panggilan ni pun aku tak ingat.

Sebab harini majlis kat belah perempuan, kitorang kumpul kat rumah PakSu pukul 11.30 (yg ni yg mama dengar)..rupa2nya yg lenlain kul 12.45 baru sampai. Hangin je tau sampai awal2..berpeluh2 dah aku.

Pukul 1.15 kitorang gerak gi umah pengantin pompuan kat Taman Desa Ixora, Senawang. Matahari sangatlah memancar2..berpeluh aku. Aku kena bawak hantaran and yg best tu..pengantin dah lama terpacak..tp hantaran tak complete lagi. Mana sesat ntah lain2 kereta yg bawak hantaran tu aku pun taktau. Bukan je pengantin lelaki yg hangin..aku yg pegang hantaran ni pun hangin gak. Ingat ringan ke mende alah tu. Sekali tu kitorang yg pegang reramai ni dah malas nak tunggu..kite gerak dululah..belasah je. Sian pengantin tu berjemur tengah panas. Kata raja sehari. Jadi kami2 patik pacar yg hina hanya menurut perintah tuanku hohoho. Hari lain berani ko nak kasi order kat akak & abg sedara ko ni?? Nak kene penyepak. Sebab aku bawak hantaran..maka tidaklah ada gamba aku atau hantaran. Nak harap Mr. Kay yg snap..kiamatttttttt


Shuib & pasangannya. Aku lum berkenal-kenalan ngan sepupu baru aku ni. Nanti Angah sok sek sok sek ngan ko ye

Pengantin pompuan ini adalah anak seorang Imam. Aku ingat anak2 Imam ni kawen xde pelamin2 bagai..tapi grand gaklah majlis dia. Siap pakai kebaya lagi

Aku yang dah berpeluh gila gigih nak jugak masukkan muka aku dalam itu gambar. Kata blog aku..harus ada muka I kan. auwww. Yang bertudung itam tu adalah isteri pada sepupu aku yg jugak merangkap tukang siapkan hantaran. Hantaran sangat kreatif tp aku x sempat nak snap

Mr. Kay & Boboy (my sepupu) sedang bergusip. Ni antara sepupu yg sangat close ngan aku masa kekecik sebab kitorang sebaya

My Mama & Along

Ramai lagi sepupu2 aku yg belum kawin ni..cepat2lah korang ni wei.

No comments: