Story bout my washer

Orang pakai mesin basuh automatic..aku pun nak gak merasa pakai. So sebab aku slalu je complain2 kat Mr. Kay pasal mesin basuh manual aku tu, Mr. Kay pun setujulah belikan aku mesin basuh baru yg auto. Gila gedik siut aku time tu. Dah macam sotong kurita mati terkulai pun ada gak

Masa guna mesin yg manual tu..aduhai..everyday tau aku kene basuh kain. Capacity machine tu cuma 6.5kg. vYelah aku bli pun time aku bujang dulu..time tu baju sume size S. Benda paling berat yg mesin tu penah cuci aku rasa..suar jeans size 28 aku..tapi itu doluuuu ye..sekarang lupakan saje size 28 tu..tp aku tetap simpan suar2 lama aku..manalah tau kot2 aku kurus balik nantikan hohohoh...

So, pergilah kitorang kat Sen Heng Sunway..ye kot kat situ..aku pun cam lupa kedai mana aku gi. Cari punya cari...akhirnya aku minat ngan mesin ni. Muatannya 10kg. Aku bli yg boleh basuh banyak ni mengenangkan baju Mr. Kay yg size XXL, suar jeans dia, baju aku yg dah bertukar size & macam2 lagilah. Tapi time beli tu aku tak terkenang pulak size tempat aku nak letak machine tu nanti.

Besok tu dorang pun deliverlah machine tu. Mr. Kay tunggu kat rumah sebab office dia dekat je ngan rumah. Kejap tu Mr. Kay call kata machine tu besar sangat. Tak muat nak masuk dalam tempat biasa kitorang letak machine tu. Ha??? terkezut aku

Dulu kitorang letak machine basuh kat dalam toilet dalam master bedroom tu. Aku tak suka guna toilet tu..aku pun x tau napa..cam x best je. So letak washing machine jelah dalam tu. Tapi sekarang ni...tidak lagi

Size mesin basuh bercapacity 10kg aku.

Size pintu bilik air dalam master bedroom..hohoho..sah2 xleh masukkan.

Sudahnya aku letak je machine ni kat sebelah pintu nak masuk toilet.

Nak letak kat backyard pun xleh gak. Sebab nak masuk ke dapur ada sliding door. Still tak muat nak masuk. Makanya mmg terpaksa sangatlah aku tidor ngan mesin basuh tu. Nasib baik bilik aku boleh tahan gak kebesarannya..kalau sempit nayo je

Kalau ada tetamu datang rumah..aku akan pastikan dorang tak nampak mesin basuh aku duduk kat dalam bilik tido kitorang...malu wo. Tapi lepas ni mesti korang dah tau kan..

Sudahnya dah dekat 10 bulan aku tido ngan mesin basuh.

Pengajaran story ni adalah...beringat sebelum membeli. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Itu amalan syaitonnnnnnnnnnnn

2 comments:

SaDi said...

sadi pun pakai toshiba jugak... tapi pakai yg 9kg... kebesaran washing machine itu laaa yg menjadi kayu pengukur... nak letak kat mana... sebab tu sadi buat tempat khas utk laundry... pasal besar sangat kalau nak letak dalam bilik air... huahuahuahua :)

Anonymous said...

kihkihkih
tak penah org buat letak mesin dlm bilik tido
gangguan mental dan fizikal