:: Tag :: Apa Yang Aku Tau ::

A. write 10 things about orang yang tag kita.. (I'm talking about filla)


1. Filla...ini nama glemer makcik ni. Nama betul dia Fadilla binti Ibrahim. Dia satu2nye anak fomfuan mak & ayah dia

2. Aku taktau nape..bila tgk je muka buk Filla ni aku otomatik terasa cam tengok Ella..ala Ella yg nyanyi lagu rock tu..hahhaha..wei ko ada rasa tak muke ko cam Ella??

3. Aku kenal Filla masa kitorang sama2 kat Group P SS14. Makcik ni mmg sangat blur ok..ada je benda yg org lain dah sampai ke bulan tp dia still terkontang-kanting tak tau motif hohooh

4. Masa kat ITM dulu kitorang panggil geng bas sekolah dia.."Geng Spice Girl"..sapa member dalam geng tu? of cozlah Buk Filla, Pogiey & Ad

5. Dia suka pakai baju kurung mama dia time dolu2..tu yg kain dia senteng..tangan baju dia pendek..tapi aku suka je baju2 dia..sebab cam cantek je..yelah dulu aku xde baju cantik2 huhuhu..

6. Dah lama aku x jumpa makcik ni..last masa dia kawen..lame gila kan..tp hari2 je aku tengok gambo dia ngan Acih kat blog dia..sampai mama aku pun kenal nama dia. Ko tengok filla..mama aku pun kenal ko..ko kenal mama aku???

7. Dia antara kawan aku yg sangat me'maintain'kan diri. Aku jeles ngan size badan dia..tp azam aku x kuat cam dia

8. Aku ingat lagi masa dia datang umah aku kat Semban time aku kawin dulu. Aku kawin bulan 5 dia kawin bulan 9 camtulah. Dia punyalah risau pasal rambut laki dia..nasib baik laki aku jadi contoh pengantin lelaki berambut panjang..so maknenya Pak Radie pun xyahlah mengorbankan rambut panjang dia

9. Pada aku dia ni muka lawa..body lawa..yg tak lawa cara dia bejalan...FAIL. hahhaha..ko marah ke?? pedulik hapa aku ko nak marah ke xnak..dah ko tag aku..aku buat jelah

10. Aku rasa time blaja dulu..lecturer yg paling dia sayang is Cik Norma..hohoho...lecturer yg ajar Economics. Serius wei aku rasa Cik Norma tu pun sayang kat ko..sebab tu dia asik aim ko jek

B. Pasal diri sendiri.. (Mrs Kay)


1. Nama betul aku...Sharmila binti Arshad. Tapi aku x suka nama ni..aku pun xtau napa. Aku lebih prefer nama panggilan aku kat rumah which is Sheila. See very jarangkan org panggil aku ngan nama betul aku sebab aku telah mengkomersialkan nama Sheila ni dari zaman skolah lagi. Sekarang ni nama glemer aku kat tenet is Nestum*Susu. Kalau korang dengar org panggil aku Nest..tu kire nama manja cyber akulah tu. Mr. Kay penah tanya..apsal dorang panggil awak nest..awak sarang apa? So, aku jawap..saya SARANG BURUNG AWAK sambil wink wink kat dia hohohoho..sangat keji jawapan itu..tapi betulkan..kann kan...

2. I love to eat..tp aku agak memilih makanan. I love chinese food. Ulam-ulaman aku x reti makan sangat...puas aku cuba telan sayur mentah..tp xleh nak telan..tersangkut je kat tekak ni. Tapi kalau sayur yg jadi ulam tu ko goreng..mmg aku blasah je. Buktinya sila lihat perubahan size badan aku dari XS ke L..hohoho. Aku tension

3. Aku ni jenis yg rajin ber'season'. Aku tak rajin hari2. Rumah aku hanya akan disapu seminggu 2x je. Kain pulak aku basuh seminggu 2x gak..kata mesin basuh 10kg..jadi kenelah simpan baju2 tu biar berat dia lebih kurang 10kg baru basuh hahahahha. Kengkadang aku terpikir napa aku tak rajin macam mama aku?

4. Sangat suka menghabiskan duit gaji. Aku rasa mcm x syok je bila balance kat akaun gaji aku ada ratus2 lagi. Sangat tak tenang idop aku bila tengok duit camtu. Sebab tu aku slalu menabung lalu potongan gaji je. So aku tak nampak sangat duit yg berlebih tu.

5. Aku suka nangis. Benda yg bodo2 pun boleh buat aku nangis. Contohnya..tengah jalan2 ..tetiba aku nampak ada org tua mintak sedekah..aku jadi sangat sedih. Tapi tangan tetap x menghulor hohohoo..sedih je lebey. and one more thing..kalau mama aku nangis..aku pun nak nangis jugak..sebab tu aku x suke buat mama nangis2

6. Aku tak suka benda yg menyusahkan aku. Aku jadi cepat marah. Contohnya..kalau nak uraikan benda yg bersimpul2. 2-3 kali cuba bukak kalau tetap xleh..makanya benda yg bersimpul tu akan aku baling je. Laki aku dah terlebih arip ngan perangai aku yg jenis x sabar ni.

7. Aku pantang bila org tengok aku dari atas ke bawah. Aku tak kesahlah org tu makcik ke..nenek ke..kalau korang rasa nak tengok aku camtu..sila dengar soalan aku lepas tu. "Napa cik???" Slalu je aku tanya soalan tu masa kat dalam lift rumah. Sibuk je tau nak tengok2 aku..hapa ko ingat lawa sangat ke aku ni sampai nak tengok dari atas ke bawah? Aku takde prangai nak tengok2 org so aku pun x suke org tengok2 aku.

8. Aku tak soka kale pink. Aku pun taktau apa yg kale pink tu dah buat ngan aku sampai aku benci sangat ngan kale ni. Mama slalu ckp "kalau ko ada anak pompuan nanti camne?"..so jawapan aku.."kalau anak pompuan tak pakai baju pink anak tu jadi lelaki ke?" hahahha

9. Aku penggemar Nescafe O yg tegar. Hari2 aku kene minum Nes O ni..baru rasa cam best je otak aku..kalau tak terasa ketepuan otak ni.

10. Aku tak reti makan atau minum benda yg panas2 tahap berasap tu. Kalau makanan tu aku kene tiup sampai ilang asap2 yg ada..kalau minum lak mesti suam2 kuku gitu. Jadi semenjak jadi bini Mr. Kay ni dia dah tau prangai aku. Kalau order minuman suam..suamlah yg aku nak. Kalau sampai air berasap2..maka dengan cepatnya Mr. Kay akan mintak ice...

C. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names. So that U'll know... did they really know U...
3. Aen
5. Sham
9. Sapa2 lagilah...

3 comments:

manisz said...

ye shila.. aku akan wat tag ko ni dgn penuh kejujuran.. sila jgn marah yerk nnti.. muahahahahaha.. cop nk tnya.. tang saiz dr XS ke L tu tul ker?? bukan XL or XXL ker? wakakakakakakakakakaka..

sheila said...

amboi ko..
sedapnye ngata aku disebalik banjaran titiwangsa tu yek..

bj aku still size L lagilah..kalau baju kurung still size S lagi tau..

sek kene tag je :P said...

aku ilang sminggu baruk...

eeeeeee kene tag aku ...

*spank montot dia pulak*