Apa Nombot Mau??

Balik kerja aritu Mr. Kay singgah kat area2 Desa Mentari tu jap (ala kire cam opposite kilang Anchor, Guinness tu lah..). Mr. Kay gi jumpa member dia and aku seganlah nak kuar aku duduk je dalam keta sebab Mr. Kay kata kejap je pun dia nak jumpa..just nak pass2 barang.

Dah kata duduk dalam keta..haruslah mata aku melilau sana sini..and aku terpandang satu kedai yang aku rasa paling glemer waktu pukul 5.45pm tu.

Yes..inilah kedai paling glemer and paling menjadi tumpuan. Kedai TOTO...and orang yang paling ramai masuk kedai yg paling glemer ni is org Melayu. Aku taktaulah kalau org tu rupa Melayu tapi bukan Melayu.

Pastu aku pikir..kalau dorang menang nombor tu..apa dorang nak buat ngan duit tu? Blanja kengkawan minum teh? Bawak anak bini gi dinner kat tempat yg agak hebat? Atau sekadar beli tv, radio, mesin basuh?

Lantak pi lah kat dorang..yg aku tau laki aku tak beli nombor..kalaulah aku nampak ada ketas2 nombo ni tersepit kat celah2 keta...ko pikir apa aku nak buat ngan laki aku???

2 comments:

CuTeMiUt78 said...

yup betul tu.. sama ler pemikiran kita

sheila said...

kak rina,
sbb tu kite x beli nombor..
sy main nombor sudoku jek...heheh