Sarapan Di Mana

Dah macam tajuk rancangan kat channel 105lah fullokkk.

Saturday & Sunday adalah hari yg aku boleh bawak Mama gi jenjalan. Asyik sarapan kat rumah je..kali ni kite gi sarapan di luar. Dapur adalah ditutup...muktamad!! Sapa yg bangun lambat tu dipersilakan cari sendiri lauk utk bersarapan kat memana yg korang suka. Adik akulah itu.

Memula Mama nak makan mi kari kat Capitol. Dia kata ada sorang makcik mualaf tu punya kedai..sangat best katanya. Mr. Kay pun sokong..sbb dia kata dia pun penah gak makan kat situ. I was like..sapa org Seremban sebenarnya ni? Aku pun x penah makan kat situ...hohoho. Tapi hampa..gerai itu TUTUP. Maybe because its Saturday and Public Holiday somemore.

Pikir punya pikir..aku terbayang ada satu kedai kat area Kemayan tu. Sebab masa gi dinner dulu ada nampak restoran tu. Chinese style punya juadahlah kiranya. Yeee..tekak aku ni adalah suka dengan masakan cina..walaupun kale aku sikitpun x menyerupai kale dorang hohoho.

Inilah kedainya. Laksa Seremban.

Ni Kue Tiow Goreng Seafood si Daniel. Tak sedap sgt sebab dia xnak pedas.

Dia antu kuetiow wo...

Ni mi kari seafood mama..sib baik kat sini ada mi kari gak. Jadi mama x jadilah nak gi cari batu belah batu bertangkup

Ni aku punya... org kedai tu sebut mende ntah..aku dengar cam NiYong..sebutan ada sengau2 sket. Dia punya taste cam Cantonese Mee gitu. Ini mix Mihun & Kuetiow. Sedap

Mr. Kay adalah menantu sejati bila dia pun order mi kari jugak. Huh. Tapi Mr. Kay punya complete ada udang, sotong, ayam, kerang..segala mende dia nak.

Keluarga adalah enak menjamu selera dan si anak adalah enak melayan mata.

Total harga sarapan adalah RM35. Boleh tahan tapi aku puas.

2 comments:

fadeltoha said...

shiela,nampak cam sedap je mee kari tu...tp jauhlah plak kalau nk merasa kat seremban tu...kg aku dkt je, kat klang...kalau nk merasa lontong hijau mak aku..raya nanti bleh dtg.

sheila said...

insyallah..
kalo raya ni balik banting buleh singgah..