Kyra's Development

At the age of 6mos++, Kyra is able to do a lot of new things. She'll learn different things everyday. Balik je kerja hari2 boleh nampak development dia.

Bila sebut je... "come to Ammi"...otomatik dia akan sebut..Aaaa babababababa..(mak marah ni.... mak yg panggil..nama abah gak yg dia sebut...)



Dia sudah makan bubur. Camnilah aku kasi dia makan. Nenek aku bising pasal letak pala dia kat celah kangkang...tp apa adahal..dari celah2 tu jugaklah dia kuar hehehhehe



Tido masih bersama puting and now dah ada extra..BEBEK. Nama patung ni bukan aku yg kasi..mmg ada tulih kat blakang badan dia..bebek. Masa gambar ni aku amik dia lom pandai sgt pegang..tp skrg ni..asal kaki mendealah ni terlepas je dari tangan time dia tido..dia bangun cari..x kisahlah kul 4 pagi skali pun...


Semenjak dah pandai merangkak dengan jayanya...dia gemar pegi ke icebox aku tu. Nak nak kat situ ada alas kaki. Seboleh2nya aku taknak alih kedudukan mende dalam rumah ni. Aku nak bagi dia familiar so that dia takdelah jadi cam gayat sangat.

Masa dia OTW nak ke dapo tu..kat tv ada iklan TOM TOM BAK. Fuh...dia sanggup patah balik ok..nak tgk iklan tu. Habis je iklan dia pun pusing balik.



Dia jugak sudah mula berdiri. Sikit2 nak berdiri..pastu action lepas tangan. Agak bahaya jugak tapi nak buat camne...jatuh bangun tu is part and parcel of being a baby.



Dia jugak agak pantang bila aku lipat kain. Dia pun sibuk nak kirai2 sama. Blasahlah..takkan aku nak lipat kain sorok dari dia pulak. Agak2 dia dah dekat ngan kain yg aku dah lipat... aku jengilkan mata sambil buat2 sore garang....jadi takdelah dia nak datang dekat.




Ini first time dia duduk kat baby chair masa makan kat kedai. Baby chair yg ni nampak cam ok sikit as compared to yg ada besi2 tu..sbb dia suka hentak2 dada dia. Jadi muka dia adalah sangat girang nak nak ada mamak waiter sorang tu siap dokong dia bawak gi tengok ikan kat aquarium bagai. Risau gak aku...kot2lah mamak tu ada sindiket ke... tapi siankan kat mamak tu..dia rindu anak dia kat India kot...

Lain-lain
~ menyembur adalah faveret dia.

~ main ngan remote2 control yang ada jugak masih lagi kegemaran utama selain BEBEK

~ bab susu..aku masih bagi dia susu 5oz lagi. Kengkadang tu aku buat 4oz je..sebab dia macam memain je kengkadang tu..mahal wo susu itu.

~ dia dah tak suka duduk sorang2..mesti nak ada org temankan dia.

~ sangat lasak time tido..sebab tu aku kene say bye2 to my bed. Letak dia kat dlm baby cot dia..tersepit kaki dia kat celah lobang tu..jadi marilah tido secara berjemaah kat bawah ye. Mr Kay pun kene gak tido skali kat bawah..apahal aku tido kat bawah dia tido syok2 kat atas tilam??? ini tidak adilllllll

~ berat dia masa last check up (17/6) adalah 7.8kg...makanya aku rasa berat dia skrg ni dah 8++ kot.


Apalagi ye?? time2 nak hapdate ni xleh lak nak rikol sumenya. Cis

3 comments:

iNa said...

kyra dh besa.. :)
so sweet.. :)

babyluv_ayang said...

kyra dah leh duduk yek, dik....alahai sweetnyer....mcm terasa dia kecik ajer lagi...cpt betul masa berlalu...

babyluv_ayang said...

kyra dah leh duduk yek, dik....alahai sweetnyer....mcm terasa dia kecik ajer lagi...cpt betul masa berlalu...