Raikan Cinta

Tajuk xleh blah..ala2 lagu M. Nasirlah puloookkk

Semalam berbuka puasa kat Seremban sambil meraikan besday "girl". Dah lama rasanya tak makan kat Restoran Cina ni..dan buat sekian kalinya aku masih xleh nak ingat nama sebenar restoran ni..Riverview ke..riverside ke...yg penting ada perkataan Village disitu.

Lokasi: Kemayan Square..kalo lalu depan KPJ Semban tu...kire dah betullah tu

Itu adalah ikan kerapu masak nyonya style & sotong dry chilli

Kailan (adik aku sebut KALIAN)...ikan masin, tolo dadar bawang faveret Mr. Kay, Sizzling Beancurd

Talapia Thai Style extra spicy

Dan inilah para hadirin hadirat sekalian...

Kat restoran ni..bagi tujuan bukak puasa dorang kasi free je air sirap tu..tp apahal pulak besday girl nak minum sirap..hahahha...lagipun aku x gemar sirap kosong...kalo nak kasi aku sirap, ko letak limau...baru cara. Lagi satu dorang kasi free kurma jugak.

***************************************

Balik je buka puasa...packing2 terus cabut balik KL...lambat2 karang ada jugak kyra x berbaju kat rumah babysitter.

Tapi tup tup pagi tadi..selepas aku "oles wajahku yang tak brapa nak ayu" ni ngan mekap..ada sms masuk..dari babysitter saying that she's not in a good health. Maka harini aku duduk kat rumah sambil menghadap laptop dengan muka yang berseri2...hohohoo..

1 comment:

U-jin said...

holah besday girl mkn besh ler