Ramadhan dan Dugaan

Since ini baru 7 Syawal..rasanya belum terlewat tuk aku wish korang

SELAMAT HARI RAYA
MOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA AKU, KELAZERAN MULUT AKU & SEGALA SALAH SILAP AKU

****************************************************

Macam yang aku cakap aritu..aku lom rasa bahang untuk beraya walaupun raya cuma tinggal kurang dari seminggu. Dan ternyata perasaan itu ada sebabnya.

Paksu aku meninggal 2 hari sebelum menjelangnya AidilFitri. Sedih mmg sedih sebab dia yg jaga adik2 aku masa dorang kecik. Lagipun anak dia sorang je time tu. Dan sekarang ni anak dia si Shuib tu dan sorang lagi anak angkatnya Hidayah dah pun jadi yatim piatu. Kesiankan..aku still xleh nak bayangkan hidup aku kalo aku jadi yatim piatu. Nak nak dorang berdua tu still muda..

Along aku penah cakap..tiap kali Ramadhan hati dia mesti berdebar2. Mungkin sebab kita kehilangan 3 orang yang disayangi dalam bulan Ramadhan..dan ini adalah kehilangan yang ke-4.

Arwah Maksu (which is my mum's youngest sister) passed away 30/10/2005 bersamaan berapa Ramadhan ntah..tp yg pasti less than a week before Syawal. Dan ni giliran suami dia pulak pergi dipenghujung Ramadhan. Sian anak dia xleh nak terima keadaan ni..tapi ni ketentuan Allah..

************** Sesungguhnya dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali *************
Al-Fatihah

1 comment:

manisz said...

takziah yer shila.. mak aku kata lau meninggal bulan puasa.. rezki Allah..
semoga ko lebih tabah dan cekal ok..
semangat!