Camna aku nak lupakan semuanya ni??

Aku tak tau kenapa aku tak boleh nak maafkan org ni...

Walaupun kengkadang time raya sebagai org tua dia ada gak kata kat aku.."selamat ari raya...wak minta maaf kalo ada terkasar, tersilap"..dan aku kata ok..tp sebenarnya jauh kat sudut hati aku ni..(cewahhhhhhh)...susahlah nak lupakan. Apakah aku tak ikhlas maafkan org ni??

Antara ayat2 yg buat aku cam jadi tak brapa nak suka kat dia walaupun dia ni kakak pada Mama aku...

Ni kejadian waktu aku kecik2
Dulu aku susah..bukanlah susah sampai takde makanan nak dimakan..cumanya cam xdelah berkemampuan nak berbaju raya sampai 3-4-5 pasang sorang, nak berantai, cincin, golang omeh bagai..
"Mama takde belikan rantai ke?" dan ayat tu dia tanya kat depan sedara mara yang lain.

Mungkin dia x penah lalui keperitan idop..yelah laki dia keje gomen..tetiap bulan without fail mesti ada gajikan..whereas bapak aku yg jugak adik ipar yg tidak digemari dia tu..keje kontrak je..gaji ikut keje..ada keje ada gaji..xde keje xdelah gaji

Ni pun time kecik gak
Ye..bapak aku adalah india..yakni beragama Hindu dan telahpun dengan jayanya mengIslamkan dirinya.
Pastukan laki makcik aku ni..tiap kali nampak kitorang adik bradik..mesti ckp nak slang2 India..helloooo...bapak aku pun cakap melayu xde slang India..yg ko nak perli2 ni apahal??? Sekurang2nya bila bapak aku India..aku buleh bertutur dalam bahasa dia..anak ko buleh???????
Aku buleh cakap 4 bahasa secara fluentnya...anak ko buleh ke? Nak ckp English pun tergagap ok!!!

Kadang2 tu..konon2 sebagai makcik yg prihatin terhadap anak2 buah dia yg "susah"..dia belikan kasut skolah, beg skolah. Ok..I should thank her for that. Tapi perlukan ko canangkan kat org.
"Bukak skolah aritu kite belikan kasut utk anak2 Jah"..pulak tu cakap kat semua org yg ada..kalo ada 100 org kat dlm umah tu..ngan 100-100 org tu dia nak ckp. Kalau ikhlas dari hati xyah cakap..kalo kita ungkit pemberian kita...dimana letaknya keikhlasan???

Org slalu kata..dalam hadis pun ada kata..TANGAN YG DIATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DIBAWAH..tp kalo tangan yg diatas disertakan dengan mulut yg busuk camne???

Masa aku tunang
Dia: Tunang ko keje apa?
Aku: Sound Technician
Dia: Apa kejenya tu?
Aku: Buat sound system
Dia: Brapa hantaran ko ni nanti
Aku: 5000
Dia: Susah payah blaja tinggi2..5000 je ko mintak?
Aku: Mama anta gi blaja dulu bukan sebab nak mintak hantaran mahal2
(Waktu ni aku dah besar..aku dah buleh menjawab..apahalkan asyik diperkecikkan je)

Waktu aku nak kawin
(Aku tak jemput dia ok..tuk bincang2 buat lauk apa..tp dia ngan laki dia..tetiba je datang menyemak kat umah aku)..keji tak aku?

Aku cakap ngan mama wedding aku, aku taknak lauk nasi minyak, dalca bagai..aku nak lauk kampung..mama setuju aje. Pastu pilihan tuk lauk kat meja pengantin pun aku yg pilih..buleh pulak pakcik aku tu ckp.."kalo takde tu buatlah cara takde".. helloooo..aku tak usik duit ko ok time aku nak kawin..time tu aku dah keje..dah ada duti sendiri, dah ada simpanan sendiri, dah buleh hulur duit blanje bulanan kat mama aku. Dan sekurang2nya aku tak berhutang walau sesen pun ngan org lepas abis kenduri...tapi anak ko???? Akibat nak berlumba ngan belah pihak lelaki..dari tahun 2006 sampai ke hari ni x berbayar lagi duit buat wedding favors tu..jangan ko ingat aku tak tau..aku tau ok...

*************************************************

Sebenarnya banyak lagi perkataan2, perkara2 yang buat aku jadi cam ishhhhhhhhh...ngan dia ni. Kalo aku nak list down mungkin 9 hari 9 malam x habis. Masalahnye bukan aku je muak ngan prangai dia ni..adik mak aku pun muak gak. SEpupu aku pun muak gak. Mungkin dia ni dilahirkan tuk "memuakkan" orang.

Kengkadang aku terpikir...berdosakah aku sebab kurang aja ngan org tua, berdosakah aku sebab tak memaafkan dia sepenuh hati..camne yek????

9 comments:

Tijah said...

haaa..tu yg kekadang layan blogger lagi best dr layan sedara kan?

Aida Alias said...

melalui pengalaman sendiri.. kadang2 org tua yg kononnya sudah lebih mkn garam.. perangainya lagi tidak senonoh.. langsung tidak boleh dibuat contoh

U-jin said...

hmm camne ek...hati ni bkn leh dipaksa2 kan..

manisz said...

mmglah kita marah, tapi memaafkan tu wajib lau org tu mintak maaf dgn kita.. aku pun mcm ko jugak, ada rasa dendam dan tk nk maafkan..

tapi aritu aku pegi course Acik Fadilah Kamsah tu kan.. dia kata tuk hidup dgn lebih tenang dan ceria, kita perlu maafkan setiap org yg bersalah dgn kita setiap malam sebelum tido..

mula2 mmg susah, tapi dah biasa amalkan, benarlah ckp dia tu.. hati kita rasa lain lahhh.. rasa bersih jerk.. (aku lah, org lain aku tk taulah ada rasa gitu ke tak)

cuba redha dan ikhlas terima apa yang dia ckp tu, insyaAllah ko akan redha dan ikhlas memaafkan org tu..

maryati said...

biasa la kak..ati pun ade gak makcik yang camtu, mase kecik kitorang miskin so mmg suka2 hati dia je nak kutuk2. Kadang2 kalau kitorang dtg rumah dihalaunye. Dah besar ni, dah sakit2 baru le nak manis2 muka kat kitorang. Tapi mmg berbekas lagi la ape yang dia wat. Walaupun depan dia kitorang hormat n senyum.

Em..bab yang akak tanye tu ati pun xleh nak pasti. Tapi cuba2 la lupakan. Mana tau kot boleh..

sheila said...

kak jah,
betul tu nok..blogger ni kengkadang lebih memahami & bersih hati dari org yg dekat ngan kita..tp sebenarnya..hampeh

kak aida,
yelah kak..harap2 kita sok jgnlah jadi camtu

kak ujin,
insyaallah satu hari nanti sy cuba maafkan dia

sham,
i'll try tho its hard

ati,
akak ni dia x pnh lah nak halau..tp ayat dia tu..camlah roda tu sentiasa kat bawah..

sheila said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

mmm..sama la..teman pun memang pantang bila dengo cite mike ni..teman mmg tak suka ngan org mcm tu tp golongan mcm tu la yg ramai kat muka bumi skrg ni...tp mcmana pun teman nasihat kat mike satu je..tiap tiap malam kita buat solat sunat taubat dan solat hajat minta Allah bukakan hati hati mereka itu dan tunjukkan jalan yg lurus......

sheila said...

cik anon,
insyaallah akan dibuat..
yelah sampai bila nak marahkan org kan...