Perlu ke tukar?

Sepanjang umo Kyra 10 bulan ni..dah 4 kali aku tukar susu.

Mula2 kitorang bagi dia S-26....tapi rasa o-oit dia cam keras pastu busuk melampau kitorang pun tukarlah ke Isomil. Dengan anggapan dia mungkin alahan kepada susu lembu.



Tapi bila dia minum susu ni..sib baik beli tin kecik dulu..tuk testing. Dari mula dia minum sampai ke serbuk terakhir..dia tak berak walau sekali pun...kencing manjang. Pastu pada aku..susu ni busuklah..dahlah mahalkan..pastu busuk..xmo arr

Pastu beralihlah pulak pakai NAN 1. Masa memula beli tu dia lom tukar packaging lagi. So still NAN 1.. harga satu tin dalam 48++. Susu Nan ni xde dlm kotak..so ko kumpullah tin banyak2 kat umah tu. Pastu kali kedua nak beli..dah jadi NAN 1 Pro....harga adalah mahal sikit. So tempat paling murah kitorang dapat adalah kat Tesco..cuma RM50.60 camtu je..kat tmpat lain sume 53++ untuk tin 900 gram.

Tapi terpaksa gak tukar susu ni..sebabnya..mula2 tu stok agak payah nak dapat kat tesco ni..gi giant pun sama..rupa-rupanya dorang nak naikkan harga. Harga runcit kat blakang tin tu adalah dalam RM60++ setin..fuhhhhhhhh..dah kat tesco tu jual dalam 54++....ooooooo ini sudah melampau. Kyra guna lebih kurang 4 setengah tin sebulan..bayangkan. Mungkin ada yang kata aku berkira nak bli susu anak..tapi..aku bukan je kene beli susu...nak beli diapers lagi..duit baby sitter lagi..so memandangkan aku pun dah bagi dia solid food..bulehlah kot beralih pada susu yg agak murah.

One good thing about NAN is...o oit dia sangat cantik..tak keras tak cair. Pastu badan dia pun sedap dipegang. Dia tak nampak gemuk..tapi cam tegap, keras ... camtulah

Lepas NAN 1 tu..aku beralihlah pulak ke Promil. Ni kira adik bradik S-26 gak. Tapi stage 2lah. Susu ni kalo tin yg 900gram tu dalam 43++..pastu kalo yg dlm kotak tu buleh dapat dalam 30.90 kat Tesco. Dah hampir 3 bulan gak guna susu ni..and skrg ni mungkin aku kene tukar susu sebab o-oit dia cair gile...bila dah gulung diapers dia..dah gam cun2 pun elok je kalau salah bawak buleh cicir o-oit dia..dek kerana terlalu cair. Pastu badan dia pun dah tak sekeras, pejal cam masa minum NAN dulu. Huhuhuhu

Aritu ada gak gi jumpa Paed dia..so he suggested free lactose milk cam Bebelac, Similac sume tu. Aku beli gak setin Similac yg kecik tu..tp nampak cam kyra tak brapa nak minum. Nak abiskan 120ml tu pun payah..buleh minum ulang2 lagi.

***************************************

Jadi, kengkawan...susu apa aku nak kasi anak aku minum ni?? Mak buntu.

Setakat arini..aku teringin nak sambung bagi NAN kat dia..tapi tulah..harga tu mahal sgt.

6 comments:

manisz said...

susu dumex ok?

tk pun beli cm ada kawan aku tu.. milo + oat ke apa tahh..

chekna said...

bb aku dulu minum bebelac. alhamdulillah, xde problem, dia pun suka minum. harga pun xde la mahal sgt. tp bebelac ni susah skit nak jumpa, nak kena gi tesco/carefour je. kat minimarket sume confirm xde (dulu la, skg xsure plak..) tu pasal dulu kitorg suka buat stok, skali beli smpi 6 tin camtu. bila dh msuk 1thn baru kitorg tukar tu enfalac a+. susu ni mmg kena try n error, kot2 xserasi..

nurul@cokolat said...

hi.. tetiba rasa nak komen.. bleh ek?
dulu masa anak aku baby, s26 tulah aku bagi. dia ada yang gold, kan? aku bagi yang gold tu. mula2 mmg tahik dia keras, tapi lepas tu ok. kena bagi dia minum air putih banyak nak elak dari berak keras tu. tp aku skelah s26 gold tu. budak muak tak busuk, susu dia wangi!!! then budak tak banyak ragam bila minum s26, kulitpun cantek... ngee!!! bdn budakpun bau wangi. tang bau tahik tu, aku tak noticed plak.. :)
tapi susu ni bergantung dengan budak jugak, kan? ada serasi, ada tak.
pernah try enfalac? tu pun ok jugak. adek beradek enfagrow tu..

Sya Annur said...

aku xleh bg suggestion sbb anak2 aku smpai umo 2 thn bf. setau aku la, bdk dah mkn solid ni patutnya u-uk pun solid gakla. so maybe mmg xsesuai la kot susu tuh. tp dia xde meragam perut or naik rashes apa kan?

sheila said...

sham,
aku lom try dumex lagi..ko kasilah can dia minum susu mahal sikit dulu hehhehehhe..

ina,
aritu doc ada gak sajes bebelac atau similac..jenis yg free lactose punya. aku kasi similac tp dia x gemarlah..nak abiskan susu tu punyalah payah. Enfalac ok ye..nanti aku survey harga dia..

cok,
komenlah nok..mak tak kesah pun..mak pun slalu gak terjah blog ko dlm diam hahahha. ms aku kasi anak ni minum s26..dia ada rashes sikit kat pp dia..tu yg aku tukar isomil tu. bab enfalac tu nanti aku survey harga..mak tak mampu kalo memahal sgt nok

dekfa,
aritu ado gak rashes kat bwh mata dia..doc kata mungkin alergik kat kekacang..taktaulah kalo disebabkan susu promil ni ke..

mmg aku kene tukar gaklah susu dia ni..confirm. cuma x pasti lagi susu apa nak kasi..

nurul@cokolat said...

oo... naik rashes ek? panaslah tu susu tu dengan dia kot ek? anak aku masa kecik dulu, snow dia tak bleh minum. panas sampai bertahik mata.
betol tu.. susu ni mmg ko kena try&error. tp anak aku pernah masa umo dalam 3bulan, dia refused dari minum susu. bagilah susu apapun, sumer taknak. dia nak air masak je. risau jugak. kalau susu yang harga moderate je ni kan, aku pernah try dutch lady. dutch ladypun ok nok. dumex aku pernah ada kawan bagitau, doc tak advised sebab manis. nanti budak hyperactive. aku taktaulah betol ke tak. tapi kita ni bila dah dengar camtu, mulalah seriyau nak bagikan..
btol tu.. susu mahal ni kdg2 xlarat nak menten. diaper lagi nak belikan?