Alhamdullilah..dan semoga kita dijauhkan

Cite ni dah lama. Tapi sebagai pengajaran kepada kita wanita-wanita sekali yg masih mempunyai RAHIM. Hargailah RAHIM anda!!

Early November aritu, kakak sepupu Mr. Kay was admitted at Hospital Melaka due to sakit yg melampau2 kat perut. Selang 2 hari kendian dia dibenarkan balik and the next appointment will be on Monday. Nak buat CTC scan bagai. Tapi tak sampai ari Isnin..ari Sabtu pagi tu dia dah meraung kat rumah..kuar peluh yg besar2 tu. Balang (abg sepupu Mr. Kay) dah tak tau nak buat apa..dia call SIL aku. Berdesuplah dorang ke Sg. Tuang, Pengkalan Balak. Kitorang adalah sangat rapat dengan kakak sepupu & suaminya.

Kak Lang Manisah terus di bawak hospital swasta.. yelah hari sabtu mana ada doctor bertugas kat kerajaan. Dari Hospital Putra dia ditransfer ke Mahkota Medical Centre. Bila scan, ultrasound bagai..nampak ada ketumbuhan besar kat dalam rahim dia. Dah sebesar baby 5 bulan katanya. Tak taulah pulak baby 5 bulan dalam perut atau baby yg telah lahir 5 bulan.

Disebabkan kesakitan yg sangat teruk, doctor amik keputusan utk operate petang tu jugak.

Nilah dia benda yg dikeluarkan dari dalam perut Kak Lang Manisah. Benda besar tu dah berpintal sebanyak 4 kali. Mungkin tu yg menyebabkan kak lang meraung tu agaknya kan. Dan doctor terpaksa buang keseluruhan rahim dia memandangkan umo dia pun dah melepasi umo dibenarkan mengandung. Doctor terpaksa jugak buang appendix dia..sebab benda yg besar tu dah menyebabkan kerosakan teruk pada appendix itu.

Sebelum datangnya sakit yg melampau tu...kaklang kata dia adalah sakit perut. Tapi ingatkan cam senggugut biasa, masuk angin dsb. Dia pun telanlah ponstan, paracetamol, ubat angin. Kebetulan..lepas makan ubat sakit tu pun ilang. Jadi xdelah saspek ada ketumbuhan sebesar itu dalam rahim.

JADI...TO ALL MY LADIES FRIENDS OUT THERE. BERHATI-HATI. Apakah kita juga berkemungkinan mendapat masalah ni? Sebab yelah kan...punca kematian utama wanita adalah kanser serviks disamping kanser payudara...jadi marilah kita buat pap smear atau apa2 ujian yg sepatutnya.

7 comments:

eynda said...

Ngerinyer tengok...kesian kat kak lang...sebelum tahu penyakit tu perut dia memang nampak besar ke?? Semoga cepat sembuh & bersabar banyak2....

pHat sUe said...

gulp :(. aku tak wat pap smear lagi.

mak aku pesan supaya merancang smp 3 tahun sbb kat dalam belum baik lagi.

kalau rapat-rapat nanti uterus rosak.

besar nye nok. takot.

sheila said...

eynda,
xdelah besar sgt..standardlah perut org2 dah berumur..adalah moncit sikit

choo,
3 tawon? lamanye...nanti kite dah tua wei..tapi kalo dah tercepat takpe kan...hehhehe

ko pantang ada makan ikan haruan sume ke?

iNa said...

gurlp...
telan air liur tgk gambo..
adeh kak..
ngeri sgguh...
beso tue...huhuhu...

harap2 kak lang cpt sembuh ye..

peringatan tuk ina jugak nie..
tq kak...

sayangsayangibu said...

harap2 lepas ni dia sihat
adehh...takut sungguh....

Aida Alias said...

same case mcm mak akak.. tp tak sampai besar camtu la.. tp rahim semua kena buang..

armouris said...

info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara