Happy 11mos anak Ammi

Hari Sabtu budak tecit ni genap 11 bulan. Sekejap je rasa...dah pun counting days for her 1st birthday.

Di usia ni apa yg anak ammi ni dah pandai? Fuhhhhh..macam2

1) Kyra sudah pandai jalan. Infact she started to walk masa umo 10 bulan 2 minggu. Masa tu ammi dia je kehilangan mood nak update....forgive ammi for that!

2) Sangat pantang kalo kita baca doa makan. Bagi dia..bila dah baca doa tu.."dia mesti makan..tidak boleh tidak". Ammi & Abah sebenarnya sronok tengok dia tadah tangan pastu amin bila kita baca doa..tak sangka pulak dia boleh berjalan gi kat meja makan sambil ngamuk camni


3) Gigi dia sudah ada 6 batang.


4) Sekarang ni aku notice dia sangat kuat makan. Kita makan dia nak makan..padahal dia makan kita tak kaco pun tau. So, mmg aku spare roti Gardenia Jagung tu untuk dia selain biskut Farley tu untuk dia. Kecohkan aku ni..anak nak makan pun bising..ada org anak xmo makan lagilah runsing. Tapi yang nampak dia x brapa suka makan adalah telur kuning. Kalo telur tu buat 1/2 boiled dia blasah je..tapi kalo telur rebus...dia makan yg putih je..yg kuning dia jeluekkan balik.

5) Berat dia brapa pun aku x tau. Next month baru tau..sebab injection dia last bulan 6 aritu...and the next will be when she turns 12 months. Tapi aku rasa ada peningkatanlah kat berat dia..ngan pejal kat peha & montot yg dah cam kuih pau tu..tidak syak lagi. Hehhehe..aku suka ok tgk montot dia..gerammmmmm.

6) Kalo nak tido or tengah minum susu..dia sangat suka gentel rambut sendiri. Kekejap dia tukar tangan pegang botol..kira cam 30 sec gentel rambut pakai tangan kanan...another 30 sec pakai tangan kiri lak.

6) Dah pandai ckp kat telefon jugak. Pastu berlagak tau..takmo guna tipon yg tak berlampu. Aku aritu beriyalah cari tipon lama yg dah rosak tu..kasi dia. Dia eksyen..sikit takmo tegnok tipon tu..dia nak gak tipon abah & ammi yg bila dia tekan ada kuar gamba kat skrin. Cissssssssss. Ini boleh mendatang marah ini.

7) Dia dah kenal bunyi. Bila tanya "how does a tiger sound?"...nanti dia buat mulut "wooooooooo". Dia dah tau CAR. Dia dah kenal upin ipin dia. Dia rela cium montot upin tu dari cium pipi ammi dia ni tau.

Harap2 akan ada lagi positive progress dari baby Ammi ni ye. Sronok tengok bila dia dah paham apa yg kita cakap.

5 comments:

iNa said...

kak sheila..
nape lame x update?
sihat ke kak??

kyra dh 11mos..
kejap je..dh besa anak ammi nie.. :)

chekna said...

dah besar dah anak dara ko ni... pas ni dah pandai jalan, jenuh la nak kejar...

sheila said...

ina,
tak brapa nak larat nak tgk komputerlah... kebun pun dh x bertanama dah...terbiar je gitu

harap2 gejala x sihat ni x berterusanlah...

chekna,
2-2 inalah pulak yg komen..x pasal2 aku kene panggil ko chekna hehehhe...

aku x kose nak kejar..jerit je panggil dia..kalo umah aku xpe..kecik je. tp kalo balik umah mama aku..kejap je ilang ke dapur..x kose aku nak berlari2 kejar...biar anak2 buah aku yg kejar

pHat sUe said...

happy birthday young lady! :) eee camne la kyra nk jadi kakak dah.

ps: cepat kan dorang besar. uhuks. emo.

sheila said...

choo,
tulah tu..skrg ni bila aku ckp..

"kyra, u gonna be big sista"..dia bantai gelak je..aku pun xtau dia gelak apa