Kiya Pun Nak

Semalam Mr. Kay blikan apple. Tapi apple tu cam masam sikit.. i don't like but i have to eat. Aku prefer apple yg kecik2 tu.. Fuji ke Fiji ke ntahlah..tapi cam rangup, rapuh je isi dia tu.

Sebabkan apple tu cam besar bagak..aku belahlah 4.. x kose lah pulak aku nak "ungkeh" mende yg besar tu. Aku tengah makan, si kecik ni sibuk nak jugak. Aku malas nak kasi kat dia..sbb isi apple ni cam keras sikit..gigi dia dahlah baru sebatang je. Tapi dia gila bergadoh ngan aku..aku letak apple tu kat atas meja..dia rentap alas meja. Gerammmmmmmmmmm. Pastu dia nangis duduk bawah sambil hentak kaki. Takdelah hentak gila2 cam aksi Manja dlm cite Batu Belah Batu Bertangkup tu...tp dia cam ala2 memberontak gaklah.

So, Mr. Kay kata...kerat suku bagilah kat dia. Ok!

Ha amik...sampai tertonyoh2 camtu kat idong. Penyet idong tu kang..mana nak carik??

Ni ada pause jap sebab abah dia bangun g jawab fon. Dia kan anak abah..abah gi mandi dia terjerit2 kat luar pintu.

Kejap tu Mr. Kay kuar sebab nak siapkan barang tuk demo dia esok. Aku nak ye tengok tv kan..takkan nak ngadap dia je. Aku monitor dia makan..takut tercekik ke apa ke, so aku alihkanlah dia kat atas tilam..senang sikit aku nak pantau. Sekali buleh tak dia nyandarkan badan dia kat bantal, makan sambil tgk tv. Waaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh.. besar yek pangkat Kiya.

Ish ish ish..anak sapalah ni. Dia penat tu..bayangkan dia start makan apple tu pukul 8.20pm..kul 9.40 camtu aku dah x tahan...kena gak paksa dia stop makan. Aku nak tido. Benarnya dia pun dah ngantuk...dia makan sambil mata cam ala2 nak terpejam.



Layan jelah video ni...

2 comments:

chekna said...

hehehe... biasa la tu. anak bujang aku tu pun sama je. pe yg kite makan, dia pun sibuk nak jugak. kalo dah nak sgt tu, mmg xleh tunggu punya..dan2 tu jugak nak. layan je la shiela, esok dah ada adik, nak manja2 pun ko dah xterlayan nnti..

iNa said...

kyra comei...
geram aunty tgk tau..