Selera je Lebih

Ni pun entry dah agak basi jugak. Malam tu dalam keadaan yg x sehat..aku gagah gak kuar..gi Tesco. Tujuan utama aku nak cari buaian si Kyra. Dia skrg ni..kalo tido petang..tak sampai 20 minit dah bangun. Pastu kang kul 7 mlm dah sibuk nak tido. Mana buleh camni. Bayi perlukan tido yang cukup. Kat Tesco takde pulak buaian..dah abis. Time dah dekat nak kul 9..aku suruh gak Mr. Kay cari kedai Anakku. Sebab esoknya Mr. Kay nak ke Kelantan. Tak larat ok aku nak jaga budak yg dah dapat kaki ni. aku pun nak gak lelap2..feeling baring sambil belakon tido kat depan tv.

So, teruslah ke Pandan Indah. Sebab Mr. Kay prasan kat situ ada satu butik Anakku. Tokey kedai dah siap tutup roller shutter dia sebelah. Aku baik punya tahan. Ko nak kastemer ke taknak? hehheheh..rezki jgn ditolak Uncle. Puas hati aku dapat bli buaian. Esoknya..sakan dia tido. Skali masuk mau gak 2 jam lbih dia lelap. Nak nak ujankan kat luar tu..aku pun rasa cam nak masuk skali dlm buai tu. Hehehhe..

Dah sudah tu gilah makan. Perut aku dah pedih semacam. Aku nak makan tomyam merah. Tomyam putih takmo..banyaklah songeh ko makyong..sib baik Mr. Kay jenih layan je kerenah bini dia ni.



Makan kat sini. Bangkok House.

Ni Tauhu Jepun masak apa ntah. Kata entry lama..haruslah aku lupa nama recipe nya. Ni sebenarnya khas tuk kyra sebab dia x dinner tadi.
.Kangkung Belacan mengikut taste aku


Tomyam merah. Tapi tomyam org ni cam ada santanlah.. aku rejek disitu.

Kerabu sotong jugak mengikut tekak aku.

Order cam org kebulur..sudahnya aku makan x sampai pun suku nasi tu. Yang lenlain sume Mr. Kay kene perabihkan. Manalah dia tak membesar bagaikan johan bila sume lauk bini dia kene abiskan.

1 comment:

pHat sUe said...

tomyam ada santan? euw