Domam Apo Tu???

Last Saturday, Kyra still demam lagi. Demam yang jenis on-off ni. Kira dah dekat 2 minggulah camtu. Bawak gi klinik..makan ubat ok..pastu time maghrib, tengah pagi2 buta badan dia panas balik.

Friday tu aku ckp ngan Mr. Kay..kalo dia demam gak, mintak Kay gi tawarkan air kat Imam surau bwh umah ni..manalah tau kan. Sebab hari Ahad sebelum Kyra start demam tu kitorang balik dari Seremban-KL time2 maghrib camtu...pastu lalu plak kat hiway LEKAS tu.. hiway yg baru bukak tu kan..

Pagi Sabtu lepas b/fast (aku msk tau b/fast tu..msk mihun sup lagi..bangga bangga) tengok kat lengan Kyra ada byk red tiny spots. Risau gak..kot2 denggi ke kan. Maka dengan lajunya bawak Kyra gi Damai Services Hospital kat Jalan Ipoh tu. Situ je aku boleh pikir utk buat immediate blood test. Sampai situ yg ada cuma doctor biasa je (GP). Paed takde sebab dah abis waktu. Yang GP tu plak takut nak amik darah baby. Ayoyoyoyo..kalo ko doctor, pastu ko takut camno Puan Doctor??? Dalam takut2 tu dia try gaklah amik. Berjaya. Yang si Kyra plak menangih sampai habis sume mende dia tendang..ngan perut aku pun dia tendang gak.. very the kuat budak ini. Sian baby kat dalam ni kene tendangan sulung kakak dia.

Result kuar lepas 30 minit..and alhamdulliah takde tanda2 denggi sume.

Plak tu .. lepas je amik darah terus tak demam...baik sampailah harini. boleh gitu????

No comments: