Kasut Baru

Belagak betul entry. Beli kasut pun nak cite. Hohoho.

Abih dah setahun skali baru nak update...haruslah jadi jakun sketkan...sume kasi cite.

Dijadikan cerita cerita taik mata taik inti...hari2 aku ngadu kat Mr. Kay aku nak beli kasut baru. Kasut yang biasa aku pakai ni jenis cam wedges sket...so bila perut dah agak besar..cam dah tak sesuai je kasut tu. Sakit betis2 aku.

Makanya hari Sabtu aritu pegilah kami ke Mid Valley. Laki aku mmg duta besar MV ni..sikit2 gi MV..sikit2 gi MV. Aku nak jugak gi Alamanda ke, OU ke.. huh. Mula2 ingat nak cari yg biasa2 je... Crocodile pun ok. Dah ada yg berkenan..size lak takdo. Pusing2 area kasut tu...nampak kasut ni. Ni kasut ke sandal ha??? Blasah jelah.

Try test pakai...fuh sangat sedap di tapak kaki. Very comfy. Skali bila tgk harga dia..amik ko RM129. Aku dah plan nak letak balik dah..tapi encik disebelah tu kata...amik je. Bila encik tu dah kata camtu..makanya puan ini pun apa lagi..gelak2 kecil didalam hati sambil buat muka malu2.

Pandangan hadapan. Rupa kasut ni xlah menarik dan mcm makcik2 sket...tapi sangat selesa

Pandangan tepi

Pandangan setelah berada di kaki. Abaikan kaki aku yg buruk itu.

Disebabkan kasut ni dah mahal pada aku...akan aku kehulu kehilir dengan kasut ni sampai naik kepam, lusuh dan yg sewaktu dengannya.

Entry ini diakhiri dengan ucapan "TERIMA KASIH BA".

2 comments:

sayangsayangibu said...

yang ponting seleso...
mahal pun mahal lah...lg pun enabang yg bayarkan? hehehehe...

Sya Annur said...

time pregnant ialah time urk bermanja2 nak mendapat kasut2, beg2, baju2 n sebagainya, hehehe... tu ah, jnji selesa...